Diaby mencari ketajaman selepas kecederaan



Abou Diaby sedar bahawa dia memerlukan masa untuk mendapat semula persembahan terbaiknya namun dia merasa 'amat senang' selepas dia bebas dari masalah kecederaan.

Pemain tengah Perancis itu menghadapi masalah kecederaan di pergelangan kaki pada hampir kebanyakkan perlawanan di separuh musim ini dan kemudiannya kecederaan di betis pada Disember. Dia kembali bermain menentang Huddersfield pada hujung minggu lepas dan keluar dari bangku simpanan untuk membantu Arsenal menang dengan perbezaan 1 gol menentang Everton pada Selasa.

Diaby memahami bahawa dia tidak cergas selepas begitu lama tidak diturunkan dan dia menjangkakan akan terus meningkat selepas setiap perlawanan.

"Saya rasa begitu senang," Diaby memberitahu Program Rasmi Perlawanan. "Mendapat begitu lama bermain pada Ahad sangat membantu - pada waktu ini saya perlu mendapat kembali ketajaman saya semula, yang mana akan datang masanya.

"Ia merupakan masa yang agak mengecewakan, sudah tentu. Apabila kali terakhir saya kembali, saya menghadapi masalah betis. Saya bermain selama 20 minit menentang Wigan dan ia berlaku, maka saya memerlukan banyak rawatan dan telah kembali dalam masa yang sangat sesuai."

Sudah tiba masanya untuk tidak berlaku kecederaan, sudah tentu. Arsenal akan menentang Barcelona pada Liga Juara-juara selepas ini dan mereka berpeluang untuk memperoleh trofi pertama mereka sejak 2005 apabila mereka bakal menentang Birmingham di pusingan akhir Piala Carling pada 27 Februari.

"Ia amat penting," akui Diaby. "Kami sangat teruja untuk kembali ke Wembley dan kami memutuskan untuk memenangi peringkat akhir itu. Ia juga akan memberikan kami semangat untuk mengakhiri musim ini. Kami layak ke sana dan kini kami mahu berikan trofi tersebut demi kepada para penyokong, untuk kelab dan secara keseluruhannya untuk diri kami sendiri.

"Pada pendapat saya, setiap tahun, kita belajar dari apa yang telah berlaku pada musim-musim sebelumnya," tambahnya. "Setiap dari kita memahami jika kita mahu ke hadapan dan memenangi trofi kita perlu berkerjasama dari setiap sudut - dari bahagian serangan dan semasa kita sedang bertahan. Itulah satu-satunya cara dan begitulah apa yang kami lakukan kini.

"Kami mempunyai banyak perlawanan lagi dan banyak juga dihadapan penyokong kami sendiri - jadi marilah ambil peluang ini, bermain perlawanan kita dan teruskan dengan kemenangan. Kita berpeluang untuk mengembirakan ramai orang pada musim ini."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil