08 February 2011

CitCat Gunnes: Cesc Sasaran Baru Chelsea - £50 Juta??

Aku tak terkejut pun bila baca berita terbaru mengenai gossip perpindahan Cesc kali nie, aku dah jangka yang Chelsea takkan puas dapat Torres sorang ja tetapi masih bernafsu dengan target terkini diorang..sapa lagi, Cesc Fabregas la..our captain,our leader..Chelsea bujet dalam £50 Juta, sama harga dengan Torres. Aku rasa Chelsea nie dah sedar kot, yang team diorang tak boleh pegi jauh dah dengan bakat2 tua sekarang. So nak tak nak diorang kena cari pemain yang sebagus Cesc untuk sambung perjuangan diorang. Tapi aku rasa diorang nie silap orang kot, Barcelona pun minat dengan Cesc yang dah berapa kali diorang try tak dapat2..Kalau Chelsea yang try aku rasa awal2 lagi Wenger dah tolak. So nak tau lebih lanjut korang boleh baca kat sini.

Nie pasal penyerang Arsenal yang baru putus cinta dengan kekasih jutawan beliau, Nicklas Bendtner la sapa lagi. Aku dah semakin suka corak permainan beliau dan juga perwatakan beliau. Walaupun musim nie beliau cergas, tetapi masih juga terpaksa memanaskan bangku simpanan. Mungkin pasal kedatangan Chamakh musim panas lalu dan kembalinya penyerang utama Arsenal, Robin van Persi dari kecederaan panjang telah menghadkan aksi beliau.

Tapi sejak Bendtner ugut nak blah sebelum musim perpindahan Januari hari tu, Wenger dah kerap guna beliau, dan Bendtner dah buktikan yang beliau mampu menjadi penyerang terbaik Arsenal. Sumbangan berharga beliau sekat nie, bagi aku la kan..separuh akhir kedua menentang Ipswish. Gol penyamaan aggregat beliau telah membawa Arsenal ke Final Carling Cup. Bagi aku aksi beliau masa tu cukup bagus, gol tu pun bagi aku cukup berkualiti. So harap akan lebih banyak lagi peluang yang Wenger akan bagi selepas nie. Esok, Bendtner akan jumpa England dalam perlawanan persahabatan antara Denmark v England.

Menjelang game antara Denmark v England pada 9 Feb 2011 nie, iaitu esok..Capello akan membuat perubahan dalam pasukan England..Capello semakin terbuka sekarang, dengan beliau berkemungkinan besar akan membuat satu transfomasi bagi membina pasukan England yang segar selepas gagal semasa kempen Piala Dunia lalu. England kali nie bakal membariskan beberapa muka baru dan muda disamping pemain berpengalaman.

Wilshere merupakan antara muka muda yang dijangka akan memulakan kesebelasan utama bersama England di bahagian tengah. Capello dijangka akan menggunakan Wilshere sebagai playmaker bersama Frank Lampard. Bagi aku keputusan kali nie merupakan keputusan tepat, sebab apa..Wilshere dah 22 game musim nie bersama pasukan utama, boleh katakan Wilshere nie dah cukup bagus untuk England. Sebab Wenger hanya akan turunkan pemain terbaik Arsenal saja untuk beraksi.

So esok hopefully kita akan dapat tengok Wilshere bersama Walcott bersama skuad England, dan aku harap tak kecederaan pemain yang Arsenal lepaskan untuk perlawanan persahabatan kali nie. Sebab bulan Februari nie sangat penting untuk kempen Arsenal kali nie. So Adios!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan