Berita Yang Kurang Menyenangkan.. RVP..??????

 Robin Van Persie

Assalam semua. Harap-harap kedukaan kegagalan pada Final Piala Carling sudah berkurangan. Namun begitu, kini terdapat satu berita yang kurang menyenangkan, iaitu berkenaan dengan RVP. Menurut laporan ESPN Star Sport, RVP berkemungkinan tidak dapat diturunkan menjelang perlawanan menentang Barca di Nou Camp nanti.

RVP yang menjaringkan gol penyamaan ketika Arsenal ketinggalan 1 gol kepada jaringan Zigic kini mengalami kecederaan pada lututnya. Jelas kelihatan RVP menanggung kesakitan selepas menjaringkan gol berkenaan. Namun begitu, tempoh masa untuk RVP pulih masih belum dipastikan lagi.

Ini sekaligus menyaksikan RVP menyertai Walcott dan Fabregas dalam senarai kecederaan pemain. Hal ini menimbulkan persoalan "mampukah Arsenal mengekalkan kelebihan 1 gol ketika pusingan pertama di Emirates tempoh hari?..". Musim lalu Arsenal dibelasah teruk ketika di Nou Camp di mana Messi menjaringkan 4 gol.

Dengan moral pemain yang pastinya terganggu dek kegagalan final Carling Cup, sudah pasti ia memberi tekanan kepada Wenger dan anak-anak buahnya dalam perlawanan ulangan F.A Cup dan EPL nanti. Ini bermakna, harapan Arsenal untuk terus memburu 3 gelaran bergantung dalam 3 perlawanan akan datang. Jika Arsenal mampu mara ke pusingan berikutnya untuk F.A Cup dan menewaskan Sunderland untuk EPL, Insyaallah ia sedikit sebanyak memberi suntikan semangat dalam menghadapi Clash Of The Planet (ye la... kan Barca punye game macam team yang luar dari planet Bumi..hehehe...) menentang Barca.

Sama-samalah kita berdoa agar kecederaan RVP dan Fabregas sembuh sebelum perlawanan menentang Barca atau kita perlu menaruh harapan kepada Bendtner dan Chamakh..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil