27 February 2011

Arsenal Terus Kempunan Piala !

Salam, aku tak mau mengulas panjang perlawanan Final Carling Cup malam tadi, yang mana kita bleh lihat aksi terbaik dari Ben Forster dan kesilapan budak sekolah dari pertahanan dan penjaga gol kita telah menghancurkan hati seluruh peminat setia Arsenal.

Aku malam tadi berada di Rampai Coffee House, Kelab Shah Alam Selangor bersama2 memeriahkan suasana bersama rakan2 dari Kelab Peyokong Arsenal Malaysia. Suasana bagai berada di Wembley pada awal permainan begitu meriah dengan laungan dan nyayian lagu Arsenal yang hebat dari seluruh penyokong..Korang nak tau aku dengan sapa??sapa lagi klu bukan dengan tuan tanah blog nie, saudara Afham n sahabat karib beliau Adham. Memang gathering terbaik dari pihak penganjur.

Aksi Arsenal malam tadi boleh dikatakan tidak sefahama pada separuh masa pertama, banyak hilang bola, Passing tak tepat, dan gagal memecah kubu kuat Birmingham. Birmingham mendahului melalui set-piece sepakan penjuru, Zigic mudah menanduk masuk bola sebelum Robin v Persi menyamakan kedudukan (injurd plak lepas tu).

Separuh masa kedua memang Arsenal datang beramai-ramai menyerang Birmingham, percubaan demi percubaan bermula dari Samir Nasri, Arshavin, Rosicky tetapi semuanya hampa dengan aksi terbaik dari Forster. Aku dh tak tau nak cakap macam mana dah, tapi bila Robin v Persi ditukarkan, aku dah dapat agak yang barisan penyerang Arsenal akan kebuntuan. Memang tetap, tak boleh create chance langsung. Giler arhh..yang aku lagi tak paham, kenapa kuarkan Arshavin bukanya Rosicky yang main tak pe2 tah..

Bila tengok Martin masuk, aku dah cuak dah..aku rasa mamat nie ada sumthing macam mana dia main ngan Newcastle dulu. So, macam yang korang tengok, kesilapan dari pemain pertahanan dan penjaga gol di hujung permainan telah menghancurkan harapan penyokong seluruh dunia. Aku macam tak percaya, sekali lagi Arsenal gagal bawa pulang piala ke Emirates. Keciwa giler aku..tak dapat nak gambarkan suasana kat Kelab Shah Alam nie, semua penyokong down giler beb..Tapi apa pun, diorang tetap teguh berdiri memberi sokongan. Love Arsenal..Masih ada peluang kita musim nie, apa pun kena cepat pulih dari kekecewaan malam tadi. Adios!!!

p/s: Afham n Adham, bro..tak sangka dapat jumpa korang kat sana..pa pun berlatih lagi men PES2011 ye..hehehe

2 comments:

  1. haha...
    cuak2..
    best giler gak dapat jumpe bro..
    tapi yang pasal PES tue..
    version baru.. tak reti nk main..

    ReplyDelete
  2. haah.... klu version lame sluymber je aku tapau bdak lain..... tp pape pun gooner till i die....

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan