'The Gunners' bangkit tewaskan 'The Toffees'



Arsenal terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Manchester United apabila kembali setelah ketinggalan untuk mengalahkan Everton 2-1 di Stadium Emirates.

Everton mendahului melalui Louis Saha pada jaringan minit ke-24 namun pemain simpanan Andrey Arshavin menyamakan kedudukan selepas 20 minit masa bermula sebelum Laurent Koscielny menanduk masuk gol kemenangan tuan rumah 5 minit selepas itu.

Ia melengkapkan perjalanan tanpa kalah skuad The Gunners kepada 7 perlawanan liga dan meneruskan pemburuan 4 kejuaraan selepas 4 musim tanpa trofi.

Namun begitu rekod tersebut dalam bahaya apabila pelawat mendahului melalui peluang kontroversi Saha.



Saha berada dalam keadaan offside apabila menerima hantaran dari Seaman Cole tetapi bola tersebut mengenai kaki Koscielny dan penyerang dari Prancis itu melakukan rembatan dari 18 meter jaring gol.

Pengadil Lee Mason telah meminta penjelasan pembantunya - yang akan memutuskan bagaimana perkiraan gol tersebut - sebelum mengesahkan gol tetapi Arsenal tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.



Skuad The Gunners sebelum itu telah mensia-siakan 2 peluang terbaik untuk mendahului. Backheel dari Robin van Persie melorong sempurna ke arah Cesc Fabregas tetapi percubaan kapten Arsenal itu melebar dari jarak 12 meter.

Selepas itu Johnny Heitinga berjaya menolak bola melalui satu terjahan ke atas Alex Song di petak penaltinya sendiri namun ia berjaya dirampas kembali oleh Theo Walcott yang kemudiannya membuat rembatan dan akhirnya ditepis dengan kaki oleh Tim Howard.

Fabregas mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila percubaannya melebar dan kemudian Jack Wilshere menghasilkan satu hantaran lambung kepada van Persie tetapi bola tersebut tidak jatuh dengan pantas dan percubaan lobnya melepasi palang gol.

Skuad The Toffees tidak pernah menang ke atas Arsenal sejak 15 tahun tetapi mereka berpeluang untuk mengekalkan jaringan pendahuluan apabila tandukkan Leighton Baines yang menemui Diniyar Bilyaletdinov namun percubaannya berjaya diserap mudah oleh Wojciech Szczesny.

Arsenal longlai pada permulaan separuh masa ke-2 tanpa mencipta banyak peluang terbaik.

Percubaan Tomas Rosicky melebar sebelum rembatan Gael Clichy terkena kaki pihak lawan untuk sepakkan penjuru manakala percubaan van Persie dua kali dinafikan oleh Howard sebelum percubaan yang lemah oleh pemain gantian, Abou Diaby.

Arshavin telah menggantikan Rosicky yang kurang memberi impak itu selepas minit ke-62 dan pemain Rusia itu membawa perubahan kepada pasukannya.

Satu sentuhan bola lambung dari Fabregas hanya mampu ditepis dengan kepala oleh pemain pertahanan Jack Rodwell yang akhirnya jatuh di hadapan Arshavin lalu melakukan volley untuk pasukan tuan rumah dari 8 meter.



Sepakan percuma Van Persie sejauh 25 meter berjaya ditepis keluar di atas palang oleh Howard namun sepakan penjuru membawa keputusan The Gunners dihadapan.

Sepakan penjuru pemain Belanda itu dihantar ke arah Koscielny yang tidak dijaga lalu menanduk masuk bola ke penjuru gol dari 6 meter.



David Moyes mungkin terkesan dengan keputusan 13 kekalahan Everton dalam 15 pertemuan dalam Liga Perdana di Arsenal dan meninggalkan mereka di hujung tangga dalam jadual liga.

(Sunber: http://au.eurosport.com/)

Perlawanan seterusnya:

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil