Akhir Piala Carling 2011: Likuan Arsenal menuju akhir


Pusingan ke-3 (a) v Tottenham 21/09/10 - menang 4-1 (Selepas masa tambahan)

Pemain muda Henri Lansbury memberikan mata pendahuluan, tetapi ia memerlukan 2 sepakkan penalti dari Samir Nasri pada tambahan masa untuk skuad the Gunners mengeluarkan musuh utama, Tottenham dengan kemenangan 4-1 di White Hart Lane - dimana melalui tanda-tanda kesungguhan mereka, pengurus Arsene Wenger telah menamakan pemain-pemain terkuat dalam skuadnya.

Pusingan ke-4 (a) v Newcastle 27/10/10 - menang 4-0

Theo Walcott mengukuhkan tempat Arsenal di suku akhir dengan 2 jaringan di St James' Park - dan tidak seperti pertemuan dramatik di Liga Perdana Barclays selepas itu, tiada kebangkitan mengejutkan dari Tentera Toon.

Suku akhir (h) v Wigan 30/11/10 - menang 2-0

The Gunners mendominasi tentangan dari the Latic, meneruskan cabaran melalui gol sendiri Antolin Alcaraz sebelum Nicklas Bendtner mengukuhkan kemenangan selesa di Stadium Emirates.

Separuh akhir pertama (a) v Ipswich 12/1/11 - kalah 0-1

Tamas Priskin membakar pasukan yang bergelut dalam liga npower Championship, Ipswich - yang telah disingkirkan di Chelsea 7-0 dalam FA Cup dan baru sahaja bertukar perngurus dari Roy Keane kepada Paul Jewell - kepada kemenangan yang layak bagi mereka menentang kesebelasan utama Arsenal di Portman Road, setelah ketua pasukan the Gunners Cesc Fabregas telah di kasari oleh Budak-budak Jentera dengan tektik 'rugbi'.

Separuh akhir ke-2 (h) v Ipswich 25/1/11 - menang 3-0

Arsenal menang secara agregat 3-1
Arsenal memerlukan satu jam untuk menumbangkan pelawat yang degil ini - dengan sorakan oleh 9000 penyokong pelawat - dan berjaya menyelamatkan tempat mereka menuju ke Wembley dan peluang untuk trofi pertama sejak 2005 dengan satu gerakkan gol secara individu dari Bendtner, dan seterusnya diikuti dengan tandukkan Laurent Koscielny dan selepas itu gol ke-3 oleh ketua pasukan, Fabregas.

Pusingan Akhir di Wembley v Birmingham City 27/2/11


(Sumber http://www.dailymail.co.uk/)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil