05 February 2011

Adakah Diaby penyebab Arsenal kehilangan 2 mata menentang Newcastle

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mula-mula minta maaf kalau corak penulisan tak sebaik penulis lain. Sekadar berkongsi kebengangan menonton perlawanan antara Arsenal dan Newcastle. Pada mulanya, perlawanan dikuasai oleh Arsenal dengan kekuatan tengah terutama oleh Abou Diaby , Fabregas, Wilshere dan Andrei Arshavin. Melihat perlawanan di separuh masa pertama, Arsenal mendahului dengan 4-0 memberi keyakinan untuk menang mudah perlawanan ini. Tetapi pada separuh masa kedua, dalam awal perlawanan telah nampak ada kekurangan dan bola mula dikuasai oleh Newcastle tapi masih terkawal. Kemudian pada minit ke 49, Johan Djourou yang bermain baik mengalami kecederaan dan terpaksa diganti dengan Sebastian Squillaci . Dekat sini dah mula nampak pertahanan Arsenal mula goyah.. Kemudian pada minit ke 50 Abou Diaby melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Beliau membalas tackle oleh Joey Barton sehingga menyebabkan beliau mendapat kad merah. Satu persoalan yang terpacul? Kenapa beliau membalas sedangkan pasukan kita sedang mendahului? Bagi pemain yang berada di depan pertahanan untuk keluar amatlah menyukarkan terutama kita telah kehilangan Alex SOng dan Denilson. Dalam minit ke 68, Koscielny memberikan penalti kepada Newcastle setelah cubaan menghalang pemain lawan. Ketika ini, aku dah nampak lubang-lubang untuk Newcastle terutama selepas Rosicky dimasukkan. Kemasukan Rosicky menggantikan Arshavin tidak membantu kerana beliau tidak mempunyai fizikal yang baik untuk bertarung dengan Nolan dan Joey Barton. Malahan sepatutnya Newcastle telah mendapat gol awal jika tidak kerana offside. Walaubagaimanapun serangan bertali arus dari Newcastle menghasilkan gol kedua. Dan tekanan dikenakan sehingga mendapat penalti kali kedua atas kekasaran Rosicky. Jadi gol ketiga pun bermula..Pada minit ke 87 Newcastle mendapat satu lagi sepakan percuma. Kekasaran yang dilakukan oleh Rosicky lagi. Dan akhirnya pemain Newcastle menjaringkan gol yang cantik sehingga menyebabkan kita kehilangan 2 mata lagi..

Walaupun seri, tapi rasa cam kalah sebab kita sepatutnya mampu mengawal perlawanan. Dengan 4 gol dalam tempoh 20 minit sepatutnya pemain lebih bijak bertahan. Mungkin percaturan Wenger dengan memasukkan Rosicky adalah kesilapan besar dan pastinya Diaby telah membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong kita.. Rasa aku, Wenger boleh panggil 'Craig Eastmond' pulang ke Arsenal. Aku lagi sanggup tengok dia main dari Abou Diaby. Dah le asyik cedera. Dah bagi peluang sia-siakan pula tu..

Harap maaf kalau emosi..

4 comments:

  1. memg sgt bengang bila arsenal xmlawan langsung mse 2nd half tu..bola xsmpai gol langsung..sume main kelam kabut..sbb yg utama rasenya diaby yg buat kesalahn xptot n djourou yg cedera..ptahanan mcm apa je..xmain mcm biasa..huhu..alngkah ruginya dh lead byk last2 seri..nasib xkalah..huhu..

    ReplyDelete
  2. hate diaby. punca segalanya..
    reff pun macam kena suap ja..

    ReplyDelete
  3. aku x nk salahkn Diaby. Kat padang klu org terjah aku cenggitu, mau x aku bg penumbuk...dah la reff xde nk adili, nk plak men cenggitu...

    klu reff ada tp x wat ape2 yg boleh adili aku pas org terjah aku gitu, dengan reff2 aku pukul...

    reff yg buat Arsenal kalah, bukan Diaby...Arsenal boleh sekurang2nya bertahan lepas 4 gol walaupun dgn 10 org. Malangnya keputusan2 pengadil yg cipta 4 gol selepas tu.

    ReplyDelete
  4. yep.. btol.. x bleh salahkan diaby.. sbb ce fikir.. lme mne dh die injured hinga die x de pluang utk bermain.. die bgus, skill ade, skill dummy superb gak r.. tp die slalu jdi mngse terjahan sbb die bkn la jnis yg melawan balik..

    ce tngok mcm mne die kne terjah.. silap2 bleh patah mcm kaki ramsey tu beb.. maunye die x mrah.. lpas tu plak dtng si sial nolan yg sebok2.. ce tngok mase wojezh kne kad kuning... kn ke sisial nolan tu g paut tngkok wojezh.. tp tngok reff wt ape.. die bg kad kuning kt keeper kn.. kn..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan