Wenger: Szczesny kini penjaga gol utama Arsenal


Oleh Andrew Kennedy

Arsene Wenger telah memutuskan bahawa Wojciech Szczesny adalah penjaga gol terbaik Arsenal mendahului Almunia dan Lukasz Fabianksi.

Penjaga gol berusia 20 tahun dari Poland itu telah menjadi kegemaran Arsene Wenger sejak minggu-minggu akhir ini termasuk kejayaan pertemuan kedua kelab utara London itu menentang Ipswich Town pada selasa lepas di Emirates.

Bercakap di sidang akhbar Jumaat lepas, Wenger berkata: "Pada waktu ini Wojciech adalah penjaga gol terbaik, tiada apa-apa yang dia lakukan untuk saya singkirkannya."

Walau bagaimana pun, penjaga gol yang berasal dari Polland yang telah menandatangani kontrak bersama skuad The Gunners selama 5 tahun ini mungkin tidak akan diturunkan pada pusingan ke-4 Piala FA menentang Huddersfield.

"Saya boleh gilirkan penjaga gol - dalam perlawanan piala kadang kala saya tukarkan mereka, tetapi Almunia telah tidak bermain untuk begitu lama", kata pengurus Arsenal itu.

"Saya berbangga dia bersama kami, saya juga rasakan tiada pemain yang gembira jika tidak diturunkan. Dia masih di bawah kontrak dan selagi dia masih berada di kelab ini, kami gembira dia ada bersama kami. Saya sukakannya sebagai seorang insan serta sebagai seorang pemain dan saya perlu tunjukkannya melalui keputusan saya."

Wenger turut mengesahkan bahawa dia tidak akan terburu-buru untuk menambah skuadnya pada musim perpindahan ini walaupun pada waktu ini mereka memerlukan pemain pertahanan akibat kecederaan yang sedia ada kepada Sebastien Squillaci dan Thomas Vermaelen.

"Saya tidak melihat ia sebagai terlepas peluang," katanya.

"Saya lebih menumpukan kepada skuad sekarang dan saya rasakan kami mempunyai 22, 23 pemain sedia ada untuk menampung apa yang kami perlukan.

"Vermaelen kelihatan agak bertambah baik, Squillaci akan kembali, maka hanya posisi tersebut sahaja yang pernah hilang, iaitu pada pertahanan tengah.



"JIka saya tidak menandatangani sesiapa, ia hanyalah kerana saya tidak melihat seorang pemain handal yang mampu menguatkan squad kami pada waktu ini.""

Baru-baru ini beliau telah menyanggah apa yang berlaku kepada rakan sejawatnya, Ian Holloway berkenaan dengan denda £25,000 terhadap Blackpool oleh Liga Perdana kerana menurunkan skuad terlemah, Wenger telah mengkritik idea syarat dalam kontrak para pengurus - yang mana telah diterima oleh jurulatih Blackpool tersebut pada Jumaat lepas.

"Ia bergantung kepada pengerusi dan ahli lembaganya untuk memutuskan," terangnya.

"Secara peribadinya saya tidak menggemarinya tetapi andai pengerusi mahukan dan kelab bersetuju dengannya [maka baiklah].

"Saya sering cuba untuk menjaga kontrak saya untuk tidak mencampuri dalam persyaratan demikian kerana ia mungkin boleh disalah ertikan dan sudah tentu saya tidak mahukannya terjadi."

(Sumber: http://www.goal.com/)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil