Wenger - Kenapa kami cuma ada 48 jam rehat?


Oleh Giuseppe Muro

Keputusan untuk meminda perlawanan Piala FA menentang Huddersfield untuk menyiarkan liputan televisyen merupakan alasan mengapa kami bermain 2 kali dalam masa 3 hari, menurut Arsene Wenger.

Everton akan bertandang ke Stadium Emirates dalam saingan Liga Perdana pada Selasa nanti adalah hanya 48 jam selepas pusingan ke-4 Piala FA Arsenal menentang pasukan di Liga 1.

Kebiasaannya sesebuah pasukan hanya mampu bermain untuk sekurang-kurangnya dua hari rehat diantara satu perlawanan ke perlawanan berikutnya tetapi dengan perlawanan menentang Newcastle pada Sabtu, Wenger memaklumkan bahawa dia mahu masa rehat yang lebih kerana perjalanan yang terlalu panjang ke timur utara.

"Ia adalah pilihan televisyen dan kami juga mahu menjaga perlawanan bersama Newcastle kerana kami bermain 4 hari kemudian.

Ia merupakan satu permintaan yang besar untuk para pemain tetapi ia telah berlaku kepada kami semasa Chrismas. Kami satu-satunya pasukan yang mempunyai program sedemikian rupa dan kami mampu menahannya.

"Saya tidak menggemarinya apabila ada kecederaan otot kaki dan berharap kami tidak akan terkena lagi kerana ia petanda yang tidak baik."


http://www.arsenal.com/

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil