TEWAS SUDAH….!!!!

Ehsan dari Somebody.

Jika minggu lepas, kita seri 1-1 dengan Leeds, tapi kali ini kita kecundang 1-0 kepada Ipswich. Satu-satunya harapan untuk membawa pulang piala ke Emirates kini seolah-olah tampak sukar. Minggu lepas, fabregas menjadi super sub, menyamakan kedudukan melalui penalti. Tapi aksi awal pagi tadi, fabregas diturunkan sejak awal menandakan Wenger tidak main-main dengan hasrat untuk mencuri Piala Carling. Namun, apakan daya, wenger hanya merancang, tetapi anak-anak didiknya yang menentukannya.

Jika dilihat pada kesebelasan utama, seolah-olah kita akan menang paling kurang 3 gol, terutamanya dengan kehadiran dua jentera tengah iaitu fabregas dan wilshere. Apa yang menghampakan, strategi 4-3-3 tidak efektif, malah bertukar kepada 4-8-0..???? . Bahagian serangan seolah-olah seperti pisau berkarat yang menunggu masa untuk dibuang sahaja. Bukan memperkelehkan team sendiri tetapi performance yang ditunjukkan seolah-olah pemain tiada nafsu untuk menang. Adakah ini badi apabila menentang pasukan yang memang boleh menang..??

Bendtner hilang arah, hilang skill, hilang segala-galanya. Tak diberi peluang untuk bermain, membebel di luar padang. Dah diberi peluang, disia-siakan. Dulu aku cukup kagum dengan bendtner sebab skill dummy yang cantik mampu memberi ruang untuk rakan-rakan mengatur gerakan gol. Sekarang tngok die tak sharp, control ball pn lemau, alangkah bagusnya kalau prestasi bendtner masih di tahap di mana dia selalu muncul sebagai super sub, menjaringkan gol-gol penting dan mengisi kekosongan di kala para penyerang berhibernasi di ruang rawatan.

Arshavin oooo Arshavin… apa sudah jadi, di mana magicmu dulu, di mana kelincahan mu, di mana kepekaan menghidu peluang, mengatur gerak, membuat hantaran-hantaran yang sukar di baca pihak lawan, di mana top speedmu. Ini merupakan persembahan buruk buat Arshavin sejak berhijrah ke Arsenal. Hadir dengan tagline star Euro edisi lepas, magic 4 gol ketika perlawanan menentang Liverpool,namun itu hanya kenangan. Adakah kerana posisinya yang menyebabkan dirinya menjadi agak tenggelam? Perlawanan menentang Leeds yang lalu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminat. Peminat ternyata kecewa apabila Arshavin mensia-siakan peluang dan lebih parah kelihatan begitu longlai serta mudah putus asa apabila terlepas bola.

Denilson…. Memiliki keupayaan untuk melakukan percubaan jarak jauh dan dari luar kotak penalty, namun gerakannya mudah dibaca lawan, serta hantaran yang sering kali merapu. Denilson juga dilihat sering melakukan tackle yang kurang bijak di mana Leeds dihadiahkan penalty pada perlawanan minggu lepas. Adakah Denilson mampu berubah dan menjadi salah seorang tonggak utama seperti yang dilakukan oleh Gilberto Silva..??

Eboue pula dengan sikapnya yang tersendiri. Kadang-kadang naik menyampah juga melihat kerenahnya, lakonannya yang tidak kena tempat dan masa. Ketiadaan Sagan cukup-cukup dirasai apabila Eboue gagal melaksanakan tugas di bahagian kanan. Tidak seperti Sagna yang cukup rajin untuk membantu sayap kanan. Sejak Eboue menggalas tugas Sagna, dapat dilihat tiada lagi cross dari bahagian kanan. Adakah Wenger tidak menyedari bahawa tiada pemain yang berkaliber di posisi tersebut..??

Amat menyedihkan jika masalah-masalah ini dibiarkan berlarutan. Selepas ini Arsenal akan berkunjung ke West Ham dan kemudian akan melawat ke Leeds United. Keletihan pasti dirasai leh para pemain namun, inilah jalan yang mereka tempah. Mahu atau tidak, mereka mesti melalui perjalanan yang agak berliku. Usah lupa, pertembungan dengan Barcelona kian hampir, dengan prestasi Barcelona yang amat baik, mampukah Arsenal menyekat Barcelona pada kali ini jika dilihat pada persembahan semasa…???

Note: Gambar tak leh masuk la bro..

Tapi ak da add ko jadi author. Join Us. Free Post about our Club.

Comments

  1. keciwa...sungguh keciwa.....

    ReplyDelete
  2. mmg suke sgt dgn laluan sukar kot..meh sini aku nk babab sekor2..eww kecewa gak!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil