Superb Hatrik van Persi!

Arsenal melangkah gagah dari Emirates dengan kemenangan selepas menewaskan Wigan hasil dari hatrik terbaik dari Robin van Persi. Vice kapten Arsenal nie mampu menjaringkan 4 gol, tetapi penalti yang di ambil beliau tersasar ke bulan.

Arsenal menurunkan barisan terbaik seperti berikut;

Arsenal Best Team XI

Szczesny
Sagna---Djourou---Koscielny---Clichy
Fabregas---Song---Wilshere
Walcott---RvPersi---Nasri

Bagi aku ini memang barisan terbaik Arsenal bagi musim nie, ketiadaan Fabianski terus memberi peluang kepada Szczesny untuk membuktikan kewibawaan beliau di gawang Arsenal yang setiap musim begitu goyah. Tetapi musim ini Wenger bijak dengan memberi peluang kepada beliau. Fabianski juga telah banyak peningkatan dari musim lepas. Pertahanan walaupun tanpa kelibat Verminator yang rehat agak panjang, tidak menghadapi banyak masalah dengan Djourou sememangnya telah bersedia bagi musim ini. Kemunculan Wilshere musim ini memberi kelainan dibahagian tengah Arsenal, yang dalam perlawanan tadi menunjukkan kematangan yang sangat baik bersama gandingan mantap Fabregas dan Song.

Kembalinya van Persi di pangkuan Arsenal selepas free dari kecederaan, aksi Chamakh telah terhad. Persi kalau dah mula sumbat gol, tak da sapa boleh halang dia. So aksi tadi memberi isyarat yang aksi terbaik beliau telah kembali. Aku cukup teruja tengok permainan terbaik beliau tadi, cuma ketika penalti tadi dia agak gelojoh nak sumbat hatrik, tu yang tak gol tu.

Bagi aku pemain terbaik tadi memang layak diberi kepada Robin van Persi, walaupun Fabregas dan Wilshere agak hampir, tapi hatrik beliau bersama Arsenal kali nie membolehkan beliau mendapat Man of The Match kali nie. Ok kan?? Aku rasa kalau barisan nie fitt hingga pertemuan dengan Barcelona nanti, tak mustahil kita akan balas dendam balik. Musim lepas kita tak bernasib baik selepas ramai injurd. Penyerang Bendtner je, defend Vermaelen dan Galas tak bleh main, tengah Fabreagas tak main. So nak cakap pun tak guna, kali nie kalau nie la barisan yang jumpa Barcelona nanti, aku yakin lah yang Arsenal senang-senang ja boleh beat diorg.

So aku rasa cukup dulu, pa pun tahniah Gunners menang bergaya malam nie. Manchester United pun menang gak, 5-0 plak tu. Takpe game jauh lagi, so harap pasni kekalkan momentum kemenangan. Adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil