25 January 2011

Selangkah lagi untuk 1 Trofi (Piala Carling)



Arsenal berjuang untuk menundukkan kubu Ipswich Town dengan 3-0 pada malam tadi sebelum menempah tempat ke peringkat akhir Piala Liga, di mana skuad bimbingan Arsene Wenger ini mengharapkan untuk mengakhiri penantian selama enam tahun tanpa trofi.

Ipswich telah memberi isyarat kesungguhan mereka seawal perlawanan bermula dengan satu rembatan terus Grant Leadbitter dari garisan tengah sepak mula yang hanya sedikit menuju ke atas palang gol.

Namun dua gol pada separuh masa ke-2 dalam selang masa hanya 3 minit dari Nicklas Bendner dan Laurent Koscielny akhirnya memecahkan kubu kelab dari liga Championship itu pada pertembungan ke-2 separuh akhir tersebut.



Cesc Fabregas menambah gol ke-3 selepas 77 minit - dengan larian pantas sejauh 40 meter dan bermain 'one-two' bersama Arshavin - melayakkan Arsenal mara ke peringkat akhir pada bulan hadapan di Stadium Wembley dengan kemenangan agregat 3-1.


"Ia mungkin merupakan peringkat akhir yang amat sukar tetapi kami akan melakukan sedaya upaya kami kerana para peminat layak mendapat trofi kembali," kata kapten Arsenal dari Spanyol itu. "Gol itu adalah untuk membawa kami ke peringkat akhir tetapi ia terlalu sukar diperoleh...hanya berkuncikan kesabaran dan kami berjaya melakukannya dengan sangat baik."

Arsenal yang tidak memenangi apa-apa trofi sejak menjuarai Piala FA pada tahun 2005, akan menentang samada West Ham atau Birmingham yang akan bermain pada peringkat separuh akhir ke-2 malam nanti, yang pada masa kini pasukan bergelar 'The Hammers' itu mendahului agregat 2-1 pada pertemuan separuh akhir pertama. AGENCIES


(Sumber http://www.todayonline.com/)

2 comments:

  1. komen aku, mlm tu memang jelas kesungguhan Bendtner, dan Wilshere. Persie dan Fabregas juga berusaha sebaik mgkin utk menjaringkn gol. Cuma Arshavin & Fabregas kelihatan little bit lacking walaupun berusaha keras.

    ReplyDelete
  2. Would you like to get 30 bitcoin-related downline referrals per month, for free?

    Here's Exactly How:

    1. Claim 3,000 minimum (50,000 maximum) free satoshi per 24h from the MellowAds Faucet.

    2. Start a 1 day network-wide campaign (define the budget with all of your avail. satoshi) advertising a bitcoin referral link.

    3. Upon the campaign's completion, re-claim and re-start.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan