31 January 2011

'Saya mahu kekalkan Arshavin dalam kelab'


(Oleh Chris Harris)

Arsène Wenger mahukan Andrey Arshavin terus kekal di Arsenal.

Pemain perancang dari Rusia itu pernah menjadi terkenal dengan begitu pantas dalam Liga Perdana selepas mengikat kontrak bersama Arsenal pada Januari 2009 tetapi kini dia begitu bersungguh-sungguh dalam mencari persembahan terbaiknya dalam bulan-bulan terakhir ini selepas permulaan yang baik dalam kempen.

Arshavin pada waktu ini masih bersama Arsenal dalam memburu gelaran - dia terlibat dalam membantu 2 gol Arsenal dalam saingan separuh akhir Piala Carling menentang Ipswich pada selasa - malangnya ada yang mempersoalkan kedudukan masa depannya di Stadium Emirates.

Wenger bukanlah salah seorang dari mereka. "Tiada persoalan samada saya mahukan dia kekal dalam kelab." kata lelaki dari Perancis itu.

"Saya gemarkannya dan saya rasa dia seorang pemain yang istimewa. Dia cuma sedang melalui satu masa yang agak sukar bagi dirinya.

"Namun jika kita mahu berjaya, kita memerlukan pemain dalam skuad yang mampu mengubah permainan dan dia telah banyak bermain sejak musim bermula dan dia merupakan penghantar yang sangat baik.

"Saya mahu kekalkannya sehingga kontrak dia berakhir. Adakah kami akan lanjutkan kontraknya selepas itu? Dia akan berumur 32 tahun pada akhir kontrak itu - kita akan lihatnya pada tahun itu nanti."

(Sumber: http://www.arsenal.com/)

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan