Preview Match 22: West Ham v Arsenal at Uptown Park

Salam n salam sehahtera to all Gooners, aku minta maaf hilang sebelum nie..bz hujung tahun n awal tahun melanda aku, so tak sempat nak update new entry for my faveret blog..sory la na kawan2..okeh,mlm nie Arsenal akan berkunjung ke Uptown Park bagi meneruskan pemburuan Liga Perdana Inggeris dengan West Ham menjadi halangan kali nie. Okeh, aku nak menyentuh prestasi pemain ketika ini yang perlu diberi perhatian oleh Arsene Wenger.

Kunjungan kali nie merupakan detik penting Arsenal bagi membuktikan kemampuan sebenar pasukan sebagai pencabar kejuaraan sebenar. Arsenal kini dalam krisis, bukan krisis kecederaan yang teruk tetapi krisis prestasi yang agak menurun, dengan setiap pemain mengalami kemerosotan. Ini kemungkinan faktor keletihan, tetapi bagi aku skuad kali ini agak besar dengan semua pemain boleh bermain dan boleh memberi sesuatu, tapi kenapa masih tidak menjadi sejak dua menjak nie?

Penjaga gol Arsenal ketika ini menunjukkan prestasi memberangsangkan, selepas Almunia diketepikan selepas mengalami kecederaan pada September 2010 lalu, Fabianski telah menunjukkan peningkatan mendadak dengan aksi konsisten tetapi kecederaan bahu yang melanda beliau tidak terlalu menghantui Arsenal dengan penjaga gol ke-3 iaitu Szczesny menjadi harapan kali nie, dalam 5 kemunculan beliau hanya bocor 3 kali saja. So perlawanan kali nie masalah penjaga gol tak perlu bimbang, Szczesny kembali menjadi pengukuh benteng kita.

West Ham mungkin melihat masalah pertahanan Arsenal sebagai kelebihan kepada mereka untuk menyerang kita pada malam nie. Sagna yang masih menjalani pengantungan selepas kad merah ketika menentang Manchester City baru nie bakal memberi lagi masalah kepada pertahanan Arsenal. Kini Arsenal hanya bergantung kepada Eboue, Djourou, Koscielny dan Clichy sebagai kubu. Tetapi aku melihat kini Arsenal semakin parah di kawasan tersebut, pertahanan tengah menjadi masalah paling serius dengan Vermaelen masih belum sembuh dan Squillaci dibelenggu kecederaan selama 3 minggu. So kunjangan kali nie bakal menguji ketahanan dan kekuatan benteng Arsenal.

Uptown Park sememangnya bakal memberi venue yang sukar kepada Arsenal. Barisan anak buah Wenger pastinya menghadapi sedikit kesukaran bagi menembusi benteng West Ham yang diketuai Upson. Tetapi barisan tengah Arsenal kini bakal memberi persembahan terbaik, aku jangkakan yang tengah akan diketuai Fabregas, yang akan memberi persembahan terbaik bersama Wilshere dan Alex Song.

Aku juga berharap perlawanan kali nie akan memberi peluang kepada Aaron Ramsey untuk membuat kemunculan semula selepas berehat panjang, musim lepas beliau menjaringkan gol penyamaan di Uptown Park dalam kemenangan 2-1 Arsenal menentang West Ham. Rata-rata pemain Arsenal dibahagian tengah tidak mempunyai masalah untuk diturunkan, cuma beberapa pemain yang masih kurang beraksi bakal memberi sedikit kesukaran kepada percaturan sekiranya tidak bersedia.

West Ham kali nie bakal berhadapan serangan dari Robin van Persi, Walcott dan Nasri. Persi dan Nasri yang direhatkan ketika kunjungan ke Ipswish baru nie dilihat bakal memberi kelebihan dari segi kecergasan dan tenaga yang lebih kepada jentera serangan Arsenal. Prestasi Arsenal sangat terumbang ambing ketika ini, dalam 3 perlawanan terakhir, kita hanya berjaya menjaringkan 1 gol saja. Aksi Chamakh dan Bendtner semakin tidak menentu, kenapa tiba-tiba masalah serangan menjadi masalah?? Nie berkemungkinan faktor keletihan dan taktikal yang mudah dibaca oleh pihak lawan. West Ham juga tidak terkecuali yang sudah masak dengan taktikal Arsenal, cuma usaha yang lebih dari setiap pemain bakal memberi kelebihan kepada Arsenal.

So aku rasa barisan kali nie akan memberi kelainan dari segi serangan Arsenal.

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Szczesny
Eboue---Djourou---Koscielny---Clichy
Fabregas---Song---Wilshere
Walcott---RvPersi---Nasri

So harap kali nie Arsenal akan kembali kelandasan kemenangan, bagi aku tidak ada lagi alasan jika kita gagal menang malam nie. Jarak akan semakin jauh sekiranya kita tewas perlawanan malam nie. So ayuh semua kita penuhi venue terdekat, jadikan suasana seperti kita bermain di Emirates..Malam nie perlawanan akan berlangsung jam 1.30 pagi nie. Akan berlansung di ESPN812/831. So aku harap Arsenal menang mlm nie 2-0. Adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil