25 January 2011

Piala Carling Hampir Pasti Masuk Almari Di Emirates

Jaringan Nicklas Bendtner (61), Laurent Koscienly (64) dan Cesc Fabregas (77) akhirnya mengesahkan slot final untuk musim 2010/2011. Seriau jugak bila lihat kepada line up. Awal pagi tadi, Wenger merehatkan Song, Nasri dan Walcott. Barisan pertahanan masih lagi diisi oleh Sagna, Djourou, Koscienly, Clichy, manakala Van Persie diletakkan sebagai penyerang tunggal.

Bermula separuh masa pertama, seawal saat ke-6, Ipswich telah mula menguji Wojciech Szczesny namun percubaan tersebut melewati palang gol. Beberapa peluang terhidang kepada Si Kapten Fabregas, Van Persie namun gagal menerjah jaring. Tandukan van Persie sekadar singgah di palang, manakala percubaan Fabregas pula hanya melintasi pintu gol Ipswich. Sagna terpaksa dikeluarkan pada awal babak pertama setelah berlaku pelanggaran dengan Wojciech Szczesny. Eboue dimasukkan bagi mengisi kekosongan bek kanan.

Bendtner menjadikan kedudukan 1-0 setelah menyambut baik hantaran Wilshere ke sebelah kiri. Dengan dummy yang menarik, budak denmark ini melakukan satu sepakan yang menarik, seolah-olah gaya sepakan Thierry Henry, lalu melepasi jangkauan Fulop. Inilah yang harus ditonjolkan oleh Bendtner bagi memastikan beliau sentiasa menjadi pilihan untuk diturunkan sekiranya Van Persie direhatkan.


yeah.... aku score...

Tidak lama selepas itu, Ipswich sekali lagi dikejutkan dengan gol kedua oleh pemain pertahanan, Koscienly. Sepakan sudut yang diambil oleh Arshavin ditanduk hebat oleh Koscienly yang kemudiannya meraikan golnya dengan gaya perut boroi??? ntah ape-ape la gaya Si Kos ni. Ini memberi tekanan kepada Ipswich yang nyata kecewa mempertahankan kelebihan 1 gol pada pertemuan lalu.


meh arshavin, nak peluk ko.. hehe

Arsenal menunjukkan yang mereka tahu bagaimana untuk mempetahankan kelebihan 1 gol. Mereka tidak mempelahankan tempo permainan sebaliknya meneruskan asakan disebalik berjaga-jaga dengan counter attack oleh Ipswich yang mana memungkinkan mereka memperoleh gol melalui set pieces.


fuh... nasib baek tepat masuk celah kaki

Akhirnya, Si Kapten Fabregas seal kan terus kemenangan setelah melakukan gerakan 1-2 yang menarik bersama Arshavin. Fabregas meleretkan bola bukan melangkaui jangkauan Fulop tetapi melalui kangkang Fulop, satu gol yang cantik sekaligus menghampakan Ipswich. Walcott dan Nasri dibawa masuk bagi menggantikan Arshavin dan Van Persie pada minit-minit akhir perlawanan. Lawan pada peringkat akhir nanti antara West Ham atau Birmingham yang akan melakukan perhitungan pada pagi Khamis nanti.

Selepas ni, Arsenal bakal melayan kunjungan Huddersfield Town untuk Piala F.A pada 30 Januari 2011 dan Everton untuk EPL pada 1 Feb 2011. Huish...larat ke anak-anak didik Wenger nanti..?? Apa-apa pun, sama-samalah kita semua mendoakan mereka dapat mengharungi detik-detik sukar selepas ini, kerana tidak lama lagi, Kelab Spain yang majoriti dibenci oleh die-hard-fans Arsenal iaitu Barca akan melawat Emirates pada 16 Feb 2011.


tak jadi nk pecat baju, wt mcm ni tak pe, tak kene kad kuning kan.. reff kan..

Sedikit selingan daripada perlawanan antara Balckpool vs M.United. M.United dikejutkan dengan 2 gol oleh Cathcart dan DJ Campbell. Separuh masa pertama, Balckpool menguasai perlawanan. Ini seolah-olah memberi harapan kepada Arsenal dalam memberi tekanan kepada pendahulu liga. Namun, kealpaan Aston Villa ketika bertemu M.United tidak mustahil berlaku kepada Blackpool. Ternyata kegusaran tersebut menjadi kenyataan bahkan M.United kini mendahului Arsenal dengan 5 mata, setelah Berbatov menjaringkan 2 gol dan Hernandez menjaringkan 1 gol. Ape daa Balckpool, hilang fokus separuh masa ke-2. Pengulas pun cakap separuh masa pertama, Charlie Adam yang menjadi nadi kepada Balckpool tetapi pada separuh masa ke-2, Ryan Gigs plak yang jadi nadi kepada M.United.


1 comment:

  1. 4 peledak meriam arsenal; van theo nasri cesc....
    roda meriam arsenal; whlshere dan song...
    body meriam; djorou, kosny, clicy , sagna
    penahan meriam; fabian or szny....

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan