31 January 2011

'Orang kadangkala begitu kasar terhadap Bendtner'


(Oleh Giuseppe Muro)

Arsène Wenger percaya Nicklas Bendtner telah dikritik dengan begitu kasar sejak permulaan musim ini.

Setelah direhatkan akibat masalah kecederaan pada permulaan kempen, Bendtner telah sedaya upaya untuk menyaingi Marouane Chamakh dan Robin van Persie untuk mendapat tempat di dalam skuad utama.

Tapi, walaupun kekurangan peluang, pemain Denmark ini masih mampu untuk berkongsi sesuatu dalam menghasilkan tambahan gol termasuk dalam perlawanan menentang Ipswich Selasa lepas. Wenger merasakan bahawa pemain dari Denmark ini masih dibelenggu oleh faktor-faktor tertentu yang menentangnya yang mana mereka pandang sebelah mata.

"Kadangkala orang lain begitu kasar terhadapnya kerana dia tidak kelihatan seaktif Walcott yang amat pantas." kata pengurus itu. "Saiznya agak membataskannya tetapi jika anda lihat kecekapannya, hantaran ataupun jaringan gol - dia berada dalam kelas terbaik."

"Pada masa kini kami mempunyai ramai pemain di bahagian serangan dan ia seperti sebuah persaingan yang besar. Bendtner telah lama tidak muncul dan pada hujung musim lepas dia bermain dalam keadaan yang tidak benar-benar cergas kerana dia terlalu menginginkan untuk bermain di Piala Dunia.

"Kemudian dia bermain untuk Piala Dunia dan selepas itu bermain dalam keadaan dia tidak bersedia. Selepas itu dia terlibat dalam satu pembedahan dan ia mengambil masa yang agak panjang untuk kembali beraksi semula. Apabila dia kembali, ia seakan sebuah persaingan [untuk mendapat tempat].

"Saya tetap menyimpan harapan kepadanya kerana saya sedar dia seseorang yang berkualiti tinggi. Dia dalam situasi seorang pemain yang amat sabar dan punyai bakat dan mahu terus bermain."

"Apabila menjadi seorang penyerang, sudah pasti ada tuntutan-tuntutan tertentu. Orang mahu anda melakukan sesuatu yang berlainan dan di Arsenal mereka mahu melihat anda melakukan sesuatu yang istimewa di bahagian hadapan.

"Dia mampu melakukannya. Contohnya gol yang dia lakukan pada malam sebelum ini adalah gol berkelas tinggi."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan