MU rancang rampas Alex Oxlade-Chamberlain



Manchester United ingin berbincang secara bersemuka dengan Southamton sebelum pertembungan keduanya pada Piala FA pusingan ke-3 sabtu ini dalam usaha mereka untuk merampas calon perpindahan milik Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain.

Sir Alex Ferguson, pengurus Manchester United, telah memerhatikan Oxlade-Chamberlain dan pegawai tertinggi mereka kini berharap untuk bertemu Nicola Cortese, pengerusi Southamton di St Mary's untuk berbincang berkenaan tawaran tersebut.

Oxlade-Chamberlain telah menyatakan secara jelas mengenai pilihannya untuk ke Arsenal dan Arsene Wenger yang merupakan pengurus kelab tersebut juga telah mengaku secara umum akan harapannya untuk menyempurnakan tawaran mereka sebelum penutupan musim perpindahan Januari pada Isnin ini.

Bagaimana pun, pihak Southampton kesal dengan cara pengumuman Wenger berkenaan pemain tersebut sebelum sebarang perbincangan dilakukan. Arsenal telah menjemput Southamton ke meja rundingan, tetapi Cortese berpendapat mereka mesti meletakkan penyerang tersebut dalam tawaran yang realistik sebelum perbincangan boleh dimulakan.

Dengan demikian ia telah membuka ruang kepada kelab lain, terutamanya United untuk melancarkan tawaran mereka. Liverpool telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya satu bidaan telah ditolak. Cortese hanya akan mempertimbangkan tawaran melebihi £10 juta.

Jika Manchester United melakukan bidaan yang lumayan dan boleh diterima, maka Oxlade-Chamberlain mungkin berada di kedudukan yang sukar untuk membuat pilihan samada dia patut menunggu dengan harapan Arsenal akan melakukan bidaan yang setimpal.


(Sumber dari http://www.telegraph.co.uk/)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil