Misi Balas Balik Tercapai..!!


Salam kepada semua warga Arsenal Malaysia dan juga para pelawat yang singgah di blog ini. Saya yakin, masing-masing tersenyum riang apabila The Gunners membedil Wigan 3-0 di Emirates. Dengan line up yang hampir sama sejak akhir-akhir ini, Arsenal sekali lagi menampilkan corak permainan yang meyakinkan. Hatrik (hampir-hampir 4 gol) oleh RVP meletakkan Arsenal masih lagi di landasan memburu kejuaraan liga, dengan 1 game yang belum dilalui. Sedikit kekecewaan apabila Setan Merah menga
muk sakan 5-0 kepada Birmingham (bajet seri je, hehe..) dan kelegaan bila MC tewas kepada Aston Villa, confirm trauma MC kat Bent.
Ok, berbalik kepada perlawanan. Dalam predict premier league pun diorang ramal Arsenal menang 2-0. Jika dilihat pada persembahan semasa, seolah-olah gawang Arsenal yang dulunya bermasalah kini tiba-tiba berubah. Goal keeper muda mempamerkan peningkatan yang boleh la dikatakan mendadak. Mesti Lehman ketawa sinis kat almunia sebab situasi almunia same la dengan Lehman dulu.



Separuh masa pertama saya terlepas, futsal punye pasal. Tapi secara keseluruhan, kalau corak permainan seperti ini diteruskan, Insyaallah tidak ada masalah untuk menumbangkan MU dan pasukan-pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris. Cuma jika diperhatikan, kelibat Nasri agak tenggelam setelah dia bermain di posisi sayap kiri. Gerak gerinya sedikit terbatas sekaligus menyukarkan Nasri menjaringkan gol. Bukan bermakna prestasi Nasri merosot cuma bimbang Nasri mengalami kemerosotan moral. Ingat lagi ketika Nasri menjaringkan gol ketika bertemu spurs, sejak itu, dia Nasri terus menjaringkan gol dan kemuncak superb gol ketika membenam Fulham. Tapi tidak mengapa, mudah-mudahan game-game berikutnya, Nasri akan turut menjaringkan gol.

Untuk saingan Liga Perdana Inggeris, Everton akan berkunjung ke Emirates. Everton hanya mampu seri 2-2 dengan West Ham dan ini pasti memberi tekanan kepada David Moyes yang baru kehilangan Pienar kepada Spurs. Perlawanan menentang Ipswich juga harus diberi perhatian kerana ia satu-satunya Piala yang paling hampir untuk dibawa pulang pada kali ini.

Ini merupakan berita yang baru diterima, yang menyatakan Wenger telah semakin hampir untuk membawa Alex Oxlade Chamberlain, pemain remaja Kelab Southampton. Hiaran jugak kerana Alex dikatakan Walcott in the making. Ape-ape aje la wenger, jangan lupa masalah CB, sudah la. Setakat ini dulu coretan kali ini. In Arsene, we trust...

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil