Menang di Brimingham 3-0

Kemenangan ini memberikan Arsenal di kedudukan selesa,dua mata dibelakang pendahulu liga,Manchester United.Pada perlawanan ini,Arsenal telah mengubah lapan pemain daripada senarai pemain yang menentang Wigan pada Rabu lepas.Kesemuanya adalah pemain yang menentang Chelsea pada Isnin lepas.

Van Persie menunjukkan peningkatannya dalam kepakaran sepakan penalti.Dua kali hampir mencecah gawang namun sepakan penalti yang kedua membuahkan hasil.Kemenangan kali ini lebih bergantung kepada Cecs Fabregas dan Samir Nasri yang menunjukan kehebatan permainan masing-masing.Bahagian pertahanan juga nampak kebal dengan Djorou memberikan prestasi yang hebat bersama Koscielny.Larsson hampir meletakkan Brimingham pada kedudukan 1-1 namun Fabianski berjaya menepis sepakan percuma Larsson.

Arsenal memulakan langkah bergaya pada separuh masa kedua setelah Nasri berjaya meletak Arsenal di hadapan setelah merembat bola dari luar kotak penalti.Brimingham terus mengasak namun gandingan Djorou dan Koscielny berjaya memberikan tekanan kepada pasukan Brimingham.Akhirnya,Johnson dari Brimingham meledak gol sendiri setelah tertampan bola dari Fabregas.Namun,selepas itu,Arsenal lebih banyak peluang tetapi tiada penyudah berbisa di hadapan pintu gol Brimingham.


Fabianski

Sagna-Djorou-Koscielny-Clichy

Song
Fabregas-Wilshere

Walcott-Van Persie-Nasri

Comments

  1. memang permainan bagus from persie dan rakan2

    ReplyDelete
  2. arsenal memang the best...xsabar ulak nak nanti match arsenal ngan m.city

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil