23 January 2011

Lagi Pemain Muda Ke Arsenal - Alex Oxlade-Chamberlain!

Morning sumer Gooners Semalaysia, aku baru dapat berita yang pemain muda yang Wenger follow sebelum nie berkemungkinan besar akan join Arsenal selepas beliau datang ke pusat latihan Arsenal untuk jenguk2 kemudahan kat situ. Beliau yang aku maksudkan adalah anak bekas sayap England Mark Chamberlain iaitu Alex Oxlade-Chamberlain.

Aku dengar yang Arsenal bersedia tawarkan 7Juta Pounds untuk bawa pemain muda paling berbakat kat England ketika nie, dengan klaus akan meningkat ke 10Juta Pounds selepas beraksi bersama pasukan utama. Wenger telah lama memerhati perkembangan Alex yang bermain bersama Southampton ini yang berusia 17 tahun merupakan pemain muda kedua yang beraksi bersama pasukan utama Southampton selepas Walcott yang juga telah menyertai Arsenal pada 2005.

Alex Chamberlain juga mendapat perhatian kelab lain terutama dari Manchester City, Manchester United, Newcastle, Liverpool dan juga Chelsea. Tetapi pihak pengurusan merasakan yang Arsenal merupakan kelab paling menyerlah mencungkil bakat muda ke tahap tertinggi. So elok sangat la Alex join Arsenal, jangan pikir duit je tapi pikir karier yang penting. So kalau minggu nie dia join Arsenal, besar kemungkinan beliau akan dipinjamkan semula ke Southampton untuk baki musim nie.

Profile Pemain:
Name: Alexander Mark David Oxlade-Chamberlain
Date of Birth: 15 August 1993 (age 17)
Place of Birth : Portsmouth, England
Position: Midfield
High: 1.80 m
Current Club: Southampton (since 2000 - present)

2 comments:

  1. This is a really good tip particularly to those new to the blogosphere.
    Short but very precise information… Many
    thanks for sharing this one. A must read article!
    my page :: latest transfer news chelsea

    ReplyDelete
  2. If you wish for to improve your familiarity simply keep visiting
    this site and be updated with the latest news posted here.
    my web site: transfer news for arsenal 2011

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan