Jack peneraju England kata Fabio

Tahniah kepada bintang muda Arsenal yang bakal menjadi tulang belakang untuk menerajui skuad England pada Euro 2012.

Pengurus skuad 3 Singa ini telah bersedia untuk meletakkan kepercayaan kepada Jack Wilshere, pemain remaja yang semakin meningkat naik ini untuk melengkapkan pemain di bahagian tengahnya.

Capello akan menggunakan khidmatnya di bahagian tengah untuk perlawanan persahabatan pada bulan hadapan menentang Denmark di Copenhagen.

Seandainya eksperimen ini berjaya, Wilshere akan kekal di situ sehingga pusingan kelayakkan dan ke peringkat akhir Euro 2012 - sekiranya England berjaya mengharunginya.

Jika Capello mengekalkan sistem 4-4-2, ini bermakna tempat untuk pemain Manchester City, Gareth Barry telah ditempah.

Pengurus dari Italy itu sangat teruja dengan kehadiran Wilshere, 19, yang melakukan kemunculan seniornya menentang Hungary pada Ogos lepas sebelum dikejutkan dengan dikumpulkan bersama Bulgaria dan Switzerland diperingkat kelayakkan.

Wilshere setelah itu dipanggil dalam skuad menentang Montenegro, sebagai pemain simpanan yang tidak diturunkan, serta menentang France.

Kata Capello: "Wilshere akan menjadi salah seorang daripada muka-muka baru dalam skuad. Dia hanya bermain selama 10 minit menentang Hungary di Wembley dan saya telah memantaunya selama 5 bulan dan peningkatannya sangat besar.

"Dia seorang pemain yang mengkagumkan dan saya mahu meletakkannya ke dalam posisi ini di hadapan para pemain pertahanan. Dia sangat matang untuk bermain di bahagian ini. Pada mulanya, ada ketika tertentu dia bermain tanpa keyakinan besar. Dia kelihatan segan dan malu.

"Kini pada setiap perlawanan, dia menunjukkan peningkatan yang banyak. Dia bermain dengan penuh yakin, tanpa rasa takut, melakukan terjahan dan cuba untuk menang. Dia adalah seorang yang sangat penting."

Salah seorang contoh yang mempunyai seni pemain tengah terbaik di negara ini bukan datang dari seorang pemain Inggeris tetapi ia adalah seorang Perancis, Claude Makelele pada waktu dia bersama Chelsea.

Cara permainannya adalah dengan mudah melakukan rampasan bola dan menghantar kepada seseorang yang tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Pada masa ini Capello merasakan Wilshere lebih kepada cara mengucar-kacirkan lawan.

Tambahnya: "Wilshere lebih bersifat teknikal berbanding Makelele, namun Makelele lebih pantas.

"Apabila dia menerima bola, Wilshere lebih bahaya daripada Makelele. Dia merampas kembali bola, dia lakukan hantaran, dia berpatah balik, menggelecek dan membuat percubaan."

Capello mengakui sukar untuk mengisi tempat tersebut selepas kecederaan lutut yang panjang kepada pemain Manchester United, Owen Hargreaves.

Tambahnya lagi: "Semasa berada di sini, Hargreaves bermain di posisi ini dengan amat baik pada setiap perlawanan. Malangnya selepas masalah lutut, dia tidak kembali lagi.

"Saya cuba mengisi tempat itu dengan pemain berbeza tetapi mereka gagal di posisi demikian. Barry tidak pernah bermain di posisi ini bersama Aston Villa. Dia hanya bermain di posisi itu setelah bersama saya. Tetapi saya lihat Wilshere bermain di posisi ini pada setiap perlawanan.

"Wilshere merupakan pemain muda terbaik dan sering bermain bersama Arsenal. Jika anda bermain bersama Arsenal, anda adalah pemain yang handal Wenger sangat sukakan pemain yang handal. Ia sangat penting untuk Wilshere memahami bahawa dia merupakan orang yang bakal mencorakkan masa hadapan."

Capello juga turut sedar yang Wilshere tidak selamanya baik di atas padang mahu pun di luar.

Dia telah dibuang padang tiga bulan lalu selepas melakukan kekasaran terhadap penyerang Birmingham, Nikola Zigic dan pada masa ini dia masih dalam jaminan selepas pertengkaran mulut bersama seorang pemandu teksi.

Tetapi pengurus dari Italy ini bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan percaya pemain muda ini akan lebih matang sepanjang kerjayanya.

Katanya lagi: "Saya telah membaca bahawa dia mempunyai masalah dengan salah seorang pemandu teksi. Tapi ini hanyalah perkara remeh.

"Urusan peribadi tetap urusan peribadi. Ia bukan menjadi urusan saya. Walaupun demikian, pemain muda harus faham bahawa remaja merupakan satu tauladan. Ini amat penting tetapi saya tidak boleh melakukan apa-apa kepada kehidupan peribadi mereka.

"Rempuhan itu tetap rempuhan. Saya lihat bagaimana ia berlaku. Kadang-kala kita akan melakukan kesilapan dan saya juga melakukan perkara yang sama semasa menjadi pemain. Ia merupakan sesuatu yang dipanggil 'baran'.

Wilshere bukanlah satu-satunya pemain muda yang berada dalam tinjauannya. Danny Welbeck di Sunderland turut dalam perhatian walaupun pada masa ini dia tidak bermain akibat masalah tulang rawan. Capello juga turut meninjau kemampuan Jordan Henderson juga dari Sunderland, Kieran Gibbs dari Arsenal dan Adam Johnson dari Manchester City.


Dia turut melihat perkembangan Kyle Walker, pemain Tottenham yang dipinjamkan ke Villa dan memaklumkan: "Saya melihat Walker menentang Uzbekistan untuk skuad bawah 21 tahun. Di kotak penalti, dia sangat-sangat bahaya. Dia sangat pantas dan secara teknikalnya dia amat baik tetapi dia perlu memperbaiki bagaimana cara untuk bertahan.

Capello yakin Wayne Rooney akan kembali dalam permainan terbaiknya, walaupun dia masih terus dengan kemarau gol dan tidak bernasib baik apabila dia menjadi pemain simpanan semasa menentang Blackpool pada Selasa lepas.

Tegasnya: "Rooney merupakan seorang pemain yang sangat mengkagumkan, dan yang terbaik di kalangan pemain-pemain Inggeris.

"Dia tidak menjaringkan gol tetapi pergerakkan dan hantarannya amat baik. Dan kini tandukkannya sangat OK."

Dan bagaimana David Beckham yang menolak untuk persaraan?

Kata Capello:" Setiap kali membuat pilihan pemain, saya lakukannya kerana kemampuannya. Bukan kerana simpati atau rasa benci".

(Sumber: http://www.thesun.co.uk/)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil