CitCat Gunners: JET dan Ramsey ke Cardiff City!

Salam semua, korang mesti tak sabar nak tunggu game Arsenal v Wigan jap g kan..so sebelum tuh meh baca dulu berita pasal perpindahan dan pinjaman nie. Nie berita aku baru terima la, pemain muda kita iaitu Jay Emmanual Thomas telah kompom berpindah ke Cardiff City. Arsenal dan Cardiff berjaya mendapat kata sepakat bagi memberi JET peluang bermain lebih banyak di Liga Championship dalam perjanjian pinjaman sehingga hujung musim nie.

Wah, penyerang muda Arsenal nie yang boleh bermain dalam semua posisi kecuali penjaga gol nie akan dapat menimba pengalaman berguna kali nie. Ye la Cardiff bukan la pasukan calang2, diorg sekarang tengah fight untuk tiket automatik ke Liga Perdana. So hope JET akan sukses kat Cardiff bersama rakan baru.

Tetapi JET tidak kesorangan, Aaron Ramsey juga telah diberi peluang kembali ke kelab asal beliau di Cardiff City selepas Wenger merasakan yang Ramsey semakin hampir ke tahap terbaik beliau untuk kembali beraksi bersama Arsenal untuk baki musim ini. So Wenger telah mengikat perjanjian dengan Cardiff agar Ramsey ke Cardiff untuk tempoh sebulan sahaja.

Kenapa Wenger tak kasi ke kelab EPL je?? Nie sebab beliau tak nak Ramsey bersama pasukan lain di EPL, hanya Arsenal saja layak untuk beliau. Selepas sebulan Ramsey di Cardiff nanti, besar kemungkinan Ramsey akan kembali ke Arsenal dan bersiap sedia untuk memberi aksi terbaik sehingga penghujung musim nie. So sama2 kita harap Ramsey akan dapat muncul bersama Arsenal bagi baki musim nie. Adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil