Arshavin: Kata Wenger pada separuh masa pertama menentang Ipswich.



Ini merupakan detik paling berharga pada musim ini bagi Arsenal selepas mereka berjaya mencapai objektif mereka untuk berada di peringkat akhir Piala Carling selepas melakukan persembahan hebat menentang Ipswich, selasa lepas.

Bercakap mealui laman web peribadinya selepas perlawanan tersebut, pemain tengah Arsenal, Andrey Arshavin mengakui yang kesemua pemain amat serius dengan mencuba sebaik mungkin sejak dari minit-minit awal perlawanan. Setelah gagal mendapatkan gol awal, pemain berusia 29 tahun ini menerangkan bagaimana pengurus Arsene Wenger meminta para pemain agar terus bersabar dan cuba bermain dengan cara yang sama sehingga keempat-empat pemain pertahanan akhir Ipswich kepenatan kelak.

Pemain dari Russia ini memuji Nicklas Bendtner dan Jack Wilshere yang telah menciptakan gol perbukaan untuk skuad The Gunners dan secara jujur menghuraikan bagaimana permainannya bukan pada tahap terbaik walaupun telah membantu menghasilkan dua gol Arsenal pada gol ke-2 dan ke-3.

Di tanya berkenaan perlawanan akhir di Wembley dan peluang keemasan Arsenal untuk mengakhiri krisis 5 tahun tanpa trofi, Arshavin mengakhiri dengan berkata bahawa skuad The Gunners sebagai pilihan tanpa mempertimbangkan dengan siapa mereka akan tentangi - Birmingham City selepas separuh akhir ke-2 - dan bagaimana ia bergantung kepada persembahan mereka pada 27 February.

Selepas perlawanan tersebut beliau berkata:

Kami mengambil pendekatan dengan serius dalam perlawanan ini, mencuba untuk meleburkan lawan kami dari seawal minit pertama perlawanan. Kami menjangkakan untuk mendapat gol awal sepantas mungkin. Malangnya selepas 45 minit, keputusan masih lagi kekal 0:0.

Semasa waktu berehat, Arsene memberitahu kami agar terus bermain dengan high-tempo yang sama dan cuba untuk lebih pantas. Katanya, nanti akan datang satu masa yang mana pemain Ipswich akan kepenatan dan ia akan menyebabkan mereka lebih sukar untuk menahan serangan kami.

Jurulatih meminta agar kami terus tenang, jangan terburu-buru, berhati-hati dengan hantaran, dan kawal bola sebaik mungkin. Dia amat yakin akan sampai satu masa dimana kami akan menewaskan mereka. Sebenarnya, begitulah cara permainan kami dan ia menghasilkan gol dari Nicklas. Saya suka mengatakan bahawa gol itu datang pada waktu yang amat tepat. Di sini kita boleh mengatakan bahawa ia tidak hanya datang dengan kemahirannya dalam menyudahkan peluang, tetapi juga dengan bantuan hantaran yang baik dari Wilshere.

Ia bukanlah sebuah perlawanan terhebat saya. Tapi saya amat berpuas hati dengan keputusan akhir tersebut. Saya amat berbangga kerana menyumbang sesuatu kepada pasukan. (Untuk perlawanan akhir), jika nama yang dipertimbangkan, kelab kami adalah pilihan. Segalanya amat bergantung kepada kami semua, pada cara permainan kami.


(Sumber: http://www.thegunninghawk.com/)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil