Arsenal rancang gol awal dalam separuh akhir Piala Liga menentang Ipswich.

Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny memberi amaran kepada pasukan Ipswich Town bahawa mereka boleh meletakkan bas, atau berapa banyak jentera berat yang mereka mahu di hadapan gol di stadium Emirates malam ini, tetapi Arsenal akan memecahkan halangan tersebut untuk menjejak peringkat akhir piala liga.

Ipswich akan mempertahankan keputusan 1-0 dari perlawanan pertama di Portman Road selepas Arsenal ditewaskan oleh jaringan Tamas Priskin's di separuh masa kedua. Damien Delaney, pemain pertahanan kelab dari liga Championship telah mengatakan bahawa mereka akan bertandang seperti meletakkan bas di hadapan gol mereka di Emirates nanti (untuk bertahan).

Kata Szczesny lagi: "Kami akan dilawati oleh sebuah pasukan dari liga Championship ke Emirates dan mereka tidak berharap sangat (untuk menjaringkan gol) tapi kami menginginkannya dan yakin mampu terus mara. Kami adalah Arsenal dan percaya kami mampu menewaskan sesiapa pun. Mereka ada kelebihan 1 jaringan yang mana mereka akan cuba pertahankan, tapi selagi kami menjaringkan gol awal ia mungkin akan mematahkan semangat mereka. Kami hanya perlu melemahkan mereka dan menjaringkan sebanyak mana gol yang boleh. Kami yakin kami mampu melakukannya di sini."

Arsenal percaya kemenangan 3-1 menentang Leeds United di pusingan ke-3 Piala FA pada minggu lepas meyakinkan untuk kemenangan pada malam ini. "Kami harus melakukan Ipswich sama seperti apa yang kami telah lakukan di Elland Road - menyerang mereka, dapatkan gol awal dan memulakan semuanya dari situ," kata Jack Wilshere.

Kesemua permain simpanan Arsenal pada hujung minggu lepas - Kieran Gibbs, Emmanuel Eboué, Denílson, Andrey Arshavin, Nicklas Bendtner dan Marouane Chamakh - akan diturunkan dan kemungkinan Ignasi Miquel akan turut diturunkan sebagai kemunculan sulungnya. Pemain pertahanan Ipswich, Lee Martin tidak dapat diturunkan, maka Paul Jewell mungkin akan menurunkan barisan kesebelasan utama yang sama pada pertemuan sebelumnya.

Gambar: Penjaga gol Ipswich, Marton Fulop memandu sebuah jentera.


(Sumber dan diterjemah dari: http://www.guardian.co.uk/)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil