Arsenal Menang Selesa 3-0!!

Arsenal kembali garang selepas beberapa keputusan mengecewakan beberapa perlawanan sebelum nie. Kembalinya Robin van Persi, Samir Nasri, Gael Clichy dan Alex Song dalam skuad kali nie memberi impak menakjubkan selepas Arsenal dilihat menguasai keseluruhan permainan sejak awal lagi. So saksikan barisan pemain yang diturunkan Wenger pagi tadi :

Arsenal Team XI

Szczesny
Eboue---Djourou---Koscielny---Clichy
Fabregas---Song---Wilshere
Walcott---RvPersi---Nasri

Wenger membuat pertukaran selepas merehatkan pemain tersebut semasa aksi Carling Cup baru nie yang menyaksikan kita tewas dengan pasukan Liga Championship, Ipswish. So barisan utama kali nie sangat cergas dan bertenaga.

Semangat mcm nie yang aku nak tengok dari anak buah Wenger, selepas kecewa 3 hari lepas. West Ham menjadi mangsa kebangkitan kita dengan semua pemain Arsenal menunjukkan permainan yang begitu baik sekali. Dari penjaga gol sehinggalah ke barisan serangan, rata2 memberi komitmen dan persembahan yang begitu membanggakan. Kembalinya Nasri ke dalam pasukan Arsenal mengantikan Arshavin melihatkan Arsenal kembali digeruni bersama gandingan beliau Fabregas.

Arsenal mendahului pada minit ke-13 selepas Nasri bijak membuat dummie dari hantaran silang Walcott sebelum menemui Persi yang bijak merembat bola menerjah jaring bagi mendahului West Ham 1-0. Gol tersebut menaikkan semangat Arsenal, tetapi aku melihat beberapa serangan balas West Ham hampir saja memerangkap pertahanan kita. Kesilapan Djourou yang membuat hantaran pendek kepada Szczesny hampir saja memberi gol penyamaan kepada West Ham, selamat Chalton Cole gagal menyudahkan ketika hanya berdepan penjaga gol muda Arsenal, Szczesny yang berjaya menepis bola tersebut.

Rata2 aksi pemain Arsenal pada separuh masa pertama sangat baik, Walcott mempunyai peluang awal selepas melepasi perangkap offside hasil hantaran Samir Nasri tetapi gagal menolak kemas bola tersebut. Robin van Persi juga tidak terkecuali selepas bola rembatan beliau mengenai tiang gol ketika Arsenal rancak mencari gol kedua.

Akhirnya 4 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Arsenal mendahului 2-0 selepas Walcott akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama beliau dalam tahun baru ini, ini merupakan penampilan ke-100 beliau bersama Arsenal. Gol berpunca dari perangkap offside yang tidak mendari dari West Ham, Persi bijak membuat hantaran silang ke dalam kawasan gol West Ham sebelum Walcott pantas menghidu peluang dengan menolak mudah bola ke gawang. Aku cukup berpuas hati dengan aksi tersebut, cuma Arsenal perlu mengekalkan momentum tersebut pada separuh masa kedua.

Separuh masa kedua tidak banyak berubah, Arsenal bermula baik dengan beberapa gerakkan bagi mencari gol ke-3 tetapi West Ham berjaya menahan asakan tersebut. West Ham juga beberapa kali cuba mencari gol semangat, aksi Fred Sears yang membuat sepakan mengeliru ke arah gawang Arsenal berjaya diselamatkan oleh Szczesny yang bagi aku sangat cemerlang pada pagi tadi. Barisan pertahanan kali nie agak shaky, Djourou beberapa kali membuat kesilapan tetapi nasib West Ham gagal mengambil kesempatan tersebut.

Arsenal menambahan gol ke-3 pada minit 77, hasil serangan balas yang dimulakan Fabregas, beliau berjaya mencari Walcott yang membuat larian deras ke arah kawasan penalti West Ham. Tetapi malang bagi West Ham selepas Wayne Bridge menjatuhkan Walcott dalam petak penalti tersebut. Persi yang ditugaskan mengambil sepakan berjaya menolak bola ke arah kiri gawang West Ham. Kemudian Arsenal membuat pertukaran dengan merehatkan Fabregas yang diganti oleh Denilson. Nasri dan Walcott juga dikeluarkan mengantikan Arshavin dan Gibbs.

Tamat perlawanan Arsenal berjaya mengejar pendahulu baru EPL iaitu Manchester City yang menang 4-3 selepas cemas dengan kebangkitan Wolves. So harap malam nie Tottenham Hotspur akan mengalahkan Manchester United.Kamon London team, kali nie kami sokong anda..Hehehehe..Bagi aku prestasi kali nie cukup baik, so kepada yang marah2 Wenger tu baik la minta maaf cepat. So Keep It Up Arsenal!!! adios!!

Update 1: Nie Highlight game pagi tadi, enjoy bebeh!


westmot87ars
Uploaded by arsenalist. - Car, truck, and motorcycle videos.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil