Arsenal Hilang Arah Tuju!

Arsenal menempah laluan sukar untuk melangkah ke Final Carling Cup apabila kalah kepada pasukan dari Liga Championship. Lebih memeritkan, Arsenal tewas gol mudah. Masalah pertahanan terus menghantui kita dengan Squillaci mengalami kecederaan, Arsenal kini hanya bergantung penuh kepada gandingan Djourou dan Koscielny saja. Tapi masih ada option dengan Song boleh mengambil alih peranan tersebut dan kelibat pemain akademik iaitu Ignasi Miguel juga boleh diberi peluang.

Game pagi tadi walaupun aku tak tengok penuh sebab tertido time game, aku dapat laporan yang kita mengawal permainan tetapi gagal menyudahkan peluang terhidang. Aku rasa aksi kali nie cukup tak boleh diterima, yela..Chelsea menang dengan Ipswish 7-0 kot..kita siap kalah lagi. Aku tengok bukan main lagi pemain yang Wenger turunkan, boleh tahan hebatnya dengan Fabregas, Wilshere, Arshavin, Walcott dan gandingan Djourou serta Koscielny dilihat tidak seharusnya tewas game pagi tadi.

Gol Priskin sebenarnya memberitahu yang Arsenal semakin tenggelam dalam cabaran musim nie, tengok prestasi terbaru sudah la. Selepas tewas kepada Manchester, kita tidak konsistent dengan hanya 2 kemenangan dalam enam (6) perlawanan terakhir..kenapa jadi macam nie?Untuk setiap posisi kita sudah miliki pemain yang secukupnya, tetapi kempen yang panjang dengan beberapa pemain yang mengalami kecederaan kita semakin tenggelam dengan kini faktor keletihan membelenggu prestasi semasa Arsenal.

Aku cukup yakin kali nie Wenger akan membeli seorang lagi pemain pertahanan yang mampu membantu kita mengharungi baki musim ini. Upson dilihat calon yang sesuai dengan pengalaman dalam EPL dan peringkat antarabangsa, so apa lagi Mr Wenger kasi angkat la itu orang..So aku tak mau cakap banyak da la..Arsenal perlu bangkit tuk game seterusnya, West Ham menanti Sabtu nanti dan berharap kembalinya Nasri, RvPersi serta Fabianski akan dapat membantu kita kembali ke landasan yang benar...eh,landasan kemenangan..So keep it up Gooners!!!

Good Luck Arsenal!


Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil