Posts

Showing posts from December 26, 2010

Menang di Brimingham 3-0

Image
Kemenangan ini memberikan Arsenal di kedudukan selesa,dua mata dibelakang pendahulu liga,Manchester United.Pada perlawanan ini,Arsenal telah mengubah lapan pemain daripada senarai pemain yang menentang Wigan pada Rabu lepas.Kesemuanya adalah pemain yang menentang Chelsea pada Isnin lepas.

Van Persie menunjukkan peningkatannya dalam kepakaran sepakan penalti.Dua kali hampir mencecah gawang namun sepakan penalti yang kedua membuahkan hasil.Kemenangan kali ini lebih bergantung kepada Cecs Fabregas dan Samir Nasri yang menunjukan kehebatan permainan masing-masing.Bahagian pertahanan juga nampak kebal dengan Djorou memberikan prestasi yang hebat bersama Koscielny.Larsson hampir meletakkan Brimingham pada kedudukan 1-1 namun Fabianski berjaya menepis sepakan percuma Larsson.

Arsenal memulakan langkah bergaya pada separuh masa kedua setelah Nasri berjaya meletak Arsenal di hadapan setelah merembat bola dari luar kotak penalti.Brimingham terus mengasak namun gandingan Djorou dan Koscielny berja…

Harimau Malaya Juara!!!!

Image
Tahniah aku ucapkan kepada anak buah Rajagopal, walaupun tewas perlawanan di Stadium Bung Karno tapi kita masih mampu mengekalkan kemenangan 3-0 di Bukit Jalil. Jaringan Safee Sali membunuh semangat melawan Indonesia yang sangat mahukan kejayaan di kandang sendiri. Aku cukup berbangga dengan anak buah Rajagopal nie terutama penjaga gol Khairul Fahmi yang bertindak dengan cemerlang dengan aksi penyelamat yang konsisten terutama berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari kapten Indonesia.
Tak sia-sia usaha kita sebelum nie berpenat lelah, bekorban wang ringgit ke Stadium Bukit Jalil dan hasilnya kita dapat rasakan hari ini. Dan esok seluruh Malaysia mendapat cuti peristiwa sempena kemenangan pertama Malaysia dalam AFF Suzuki Cup nie. Tapi yang tak best aku kena bereskan keje rini, sok dh tak bleh dh nak buat keje... So kita la Juara Asian!! Kita mampu menggegar Asia pula lepas nie...Go Malaysia Go!!!

Squillaci Hampakan Gunners!

Image
Arsenal gagal mengulangi kemenangan 3 hari lalu apabila dipaksa seri menentang Wigan yang bermain 10 orang selepas Nzogbia dibuang padang. Kecewa aku dengan Wenger, membuat rotation skuad dengan begitu besar dan hanya mengekalkan Koscielny, Sagna dan Fabianski.
Berikut barisan yang diturunkan Wenger:
Arsenal Team XI
Fabianski Sagna---Squillaci---Koscielny---Eboue Rosicky---Diaby---Denilson---Arshavin Bendtner---Chamakh
Arsenal ketinggalan diawal permaianan apabila Ben Watson menyempurnakan penalti selepas Nzogbia menjatuhkan diri dalam kotak penalti. Pengadil telah buat keputusan yang silap semalam.
Arsenal meneruskan asakan dipenghujung separuh masa pertama, kembali menyamakan kedudukan selepas Arshavin menyudahkan bola muntah dari dakapan Al-Habsi dengan sepakan gunting yang cantik. Kemudian Arsenal mendahului 2minit sebelum masa tamat dengan kali nie Bendtner bijak melepasi benteng Wigan sebelum merembat melepasi penjaga gol. Tamat separuh masa pertama, kita mendahului 2-1.
Wigan bermain 1…

Ini pasukan bermaruah.

Image
Dua-duanya menang bermaruah. Warna-warna yang hampir sama antara satu sama lain.

Go Malaysia. Go Gunners.



Katanya jika mereka kalah, mereka kalah bermaruah.
Lihatlah siapa sebenarnya yang bermaruah dan siapa tidak.



(http://zamanberzaman.blogspot.com/)

Pastikan minda anda betul,Fabregas.

Image
Arsene Wenger menegaskan Cesc Fabregas tidak memiliki pemikiran yang betul selepas kecederaan yang menyelubunginya selama hampir setahun. Kapten Arsenal itu telah mengalami tidak kurang dari LAPAN kecederaan sejak 12 bulan lepas. LIMA dari kecederaan tersebut adalah masalah harmstring yang telah lama dilaluinya dan pengurus Gunners, Wenger mengakui semua kecederaan tersebut telah menyebabkan Cesc sentiasa berasa bimbang tercedera. Wenger berkata "Ya, beliau kembali cergas kini kerana beliau telah berlatih selama dua minggu. Sejak dua atau tiga hari lepas, beliau nampak tajam. "Ia sebenarnya lebih kepada halangan minda. Apabila beliau masuk, beliau memikirkan harmstringnya. Jadi kami perlu memastikan beliau melupakan masalah harmstringnya. "Ia dapat diatasi dengan berlatih setiap hari. Dari segi fizikal, saya fikir beliau bersedia. "Ketika ini cuaca sejuk menjadi satu masalah keranan apabila suhu menjadi begitu sejuk ia memberikan masalah untuk pemain yang masuk …

Gunners Mengganas Tewaskan Chelsea!

Image
Akhirnya penantian sejak 2008 terjawab pagi tadi apabila Arsenal berjaya mengalahkan Chelsea sekaligus membuka kembali jurang mata dan kembali mencabar kejuaraan bagi musim ini. Wenger kali nie membuat percaturan yang sangat bijak dengan memberi peluang kepada Walcott, Robin van Persi serta Djourou. Ternyata mereka tidak menghampakan Arsenal.
Berikut merupakan barisan terbaik Arsenal pagi tadi :
Arsenal Team XI
Fabianski Sagna---Djourou---Koscielny---Clichy Fabregas---Song---Wilshere Walcott---RvPersi---Nasri
Arsenal membuat sedikit perubahan kali nie dengan Squillaci direhatkan serta Arshavin dan Chamakh diletakkan di bangku simpanan. Walcott diletakkan dalam kesebelasan utama kali nie dan ternyata membuahkan hasil. Ashley Cole dilihat sukar mengekang kepantasan beliau. RvPersi juga memberi banyak masalah kepada benteng Chelsea tetapi sering mempersiakan peluang.
Arsenal seperti biasa bermula baik, tempo permainan kali nie sangat pantas dan menghiburkan. Kedua-dua pasukan memberi persembaha…

Preview Match 18: Arsenal v Chelsea at Emirates Stadium

Image
Hari ini bakal menemukan gergasi EPL antara Gunners dengan The Blues yang bakal berlangsung di Emirates Stadium. Pertemuan kedua musim ini sememangnya dinantikan oleh penyokong kedua belah pihak, Arsenal bakal membalas dendam dan memadamkan rekod kemenangan berturut2 Chelsea menentang Arsenal sebelum nie. Chelsea pula dilihat mahu meneruskan aksi baik menentang Arsenal.
Tetapi perlawanan kali nie bakal berbeza dengan kebanyakkan pemain Arsenal yang cedera telah kembali bagi memberi kekuatan penuh kepada Arsenal. Chamakh bakal direhatkan walaupun beliau mahu membuktikan kemampuan beliau kali nie. Robin van Persi bakal diletakkan sebagai penyerang utama kali nie.
Chamakh yang bermain setiap perlawanan sepanjang kempen kali nie, akan direhatkan Wenger memandangka aksi beliau ketika ini agak menurun. Wenger memberi alasan faktor keletihan membataskan aksi Chamakh sejak kebelakangan nie. Mungkin dia tak besa lagi dengan kempen pertama EPL. So agak bagus kalau Chamakh direhatkan dan memberi …

Wenger akui mahu Beckham tapi bukan waktu musim perpindahan akan datang

Image
Arsene Wenger mengakui dia mahu mendapatkan David Beckham pada jendela perpindahan akan datang.

Tetapi Bos Arsenal itu menyatakan tiada tempat untuk bekas kapten England itu.

Becks, 35 tahun, mahu ke kelab Liga Perdana semasa MLS musim tertutup.

Wenger berkata Becks telah menjadi pro model ketika dia berlatih bersama Arsenal beberapa tahun yang lalu.

Tetapi dia menambah, "Saya akan mempertimbangkan untuk mendapatkan Beckham tetapi kami sudah ada Walcott, Nasri, Rosicky, Arshavin dan Eboue yang boleh bermain di posisi tengah.

Ditanya jika dia membayangkan Becks, bekas bosnya Alex Ferguson menjawab, "Saya rasa tidak dengan umur David".

"Saya tidak akan mendapatkan pemain se-tua saya? Larsson cuma datang selama sebulan saja".

Sumber:Wisel Online