Posts

Showing posts from December 19, 2010

CitCat Gunners: Chamakh Cabar Gunners Tewaskan Chelsea!

Image
Salam, entry kali ni sebagai perang saraf tuk perlawanan dengan Chelsea Isnin nie. Perlawanan yang tidak kurang pentingnya dengan perlawanan-perlawanan yang lain. Perlawanan yang akan berlangsung di Emirates merupakan pertemuan kedua Arsenal bertemu Chelsea musim ini. Perlawanan pertama kita tewas 2-0 kepada mereka. So kali nie kita perlu berazam mengalahkan merekat di tempat kita sendiri.
Jadi pemain yang lantang menyuarakan hasrat untuk menewaskan Chelsea ialah Marouane Chamakh. Penyerang berusia 26 dari Morroco nie begitu berharap Arsenal dapat mengutip 3 mata penuh dan menjarakkan diri dari pencabar lain. Pertemuan kali ini juga bakal menjadi medan buat Chamakh membuktikan kemampuan beliau dalam perlawanan besar, setakat ini beliau belum lagi menjaringkan gol menentang kelab2 besar.
Chamakh yang pertama kali merasa perlawanan semasa perayaan Krismas, berasa begitu janggal kerana semasa di Bordeaux mereka akan bercuti sempena perayaan dan akan memiliki tempoh rehat yang agak mencukup…

Wenger sedia pinjam Sergio Canales dari Real Madrid

Image
Mengikut Goal.com,Arsene Wenger sendiri menyatakan keinginannya untuk meminjam pemain muda Sepanyo dan Real Madrid yang berusia 19 tahun,Sergio Canales.

Canales sendiri mempunyai masalah berhubung prestasinya ketika Jose Mourinho mengambil alih Real Madrid Julai yang lalu.Berhubung dengan itu,Wenger bersedia untuk mengambil Canales sebagai pemain pinjaman untuk separuh musim ini.

Real Madrid enggan melepaskan pemain ini sebagai perpindahan kekal kerana Real Madrid masih percaya kepada bakat Canales.Canales telah menandatangani kontrak 6 tahun bersama Real Madrid Mei yang lalu.

Wenger Takkan Beli Pemain Baru Januari Ini!

Image
Tinggal seminggu lagi pintu perpindahan Januari 2011 akan dibuka..semua kelab sedang berkira-kira nak beli pemain baru bagi mengharungi baki liga musim ini. Tetapi berlain pula dengan kem kita, Wenger nampaknya menegaskan yang beliau sekali lagi tidak akan membeli pemain baru. Kenapa?? Duit dah bertimbun kelab bagi, apa lagi yang nak tunggu beli je la kan..hehe..tapi itu bukan cara Wenger.
Beliau juga berharap peminat tidak terlalu mengharap keajaiban akan berlaku pada Januari ini bagi melihat pemain baru dibawa masuk. Kalau terjadi kecederaan kepada pemain lain macam mana?? Wenger juga menegaskan dia akan menggunakan pemain sedia ada bagi mengharungi baki kempen musim ini. Wah, nampak yakin benar Wenger dengan pasukan sedia ada sekarang. Mungkin kita akan melihat hasilnya penghujun musim ini. Mana la tau kan.
Ini berkait juga keadaan pemain utama yang sudah sembuh seperti Van Persi, Fabregas serta Diaby. So Wenger rasa tidak perlu lagi untuk menambah pemain, ye la kalau tambah pemain b…

CitCat Gunners: Fabregas Gesa Pasukan Lebih Berani & Berita Perpindahan

Image
Selepas gagal memancing Kapten kita iaitu Fabregas, Barcelona sekali lagi cuba mengeruhkan keadaan dengan kali ini cuba memancing Denilson pula. Barcelona kini bersedia membuat tawaran sebanyak 10 Juta Pound untuk membawa masuk Denilson ke Barcelona. Wah, tak dapat ikan besar, ikan kecil pun jadi ye..memang Barcelona pasang spy kat Arsenal kot.
Kalau Denilson pegi, aku rasa tempat dia agak terhad. Tengok dah la pemain tengah diorg yang bermain di posisi Denilson..Serge Busquets, Mascherano memang cukup mantap, Xavi dan Iniesta memang minta maap la klu nak kacau. Tapi Wolfsburg juga berminat nak dapatkan pemain yang dibawa Wenger ini dari Sao Paulo dengan harga 3.4 Juta Pound.
Dalam pada itu Fabregas masih optimis dengan peluang Arsenal dalam kempen kali ini walaupun telah mengalami 5 kekalahan setakat ini. Baru ini Arsenal tewas ketika kunjungan ke Old Trafford 1-0 dan terlepas peluang untuk meneruskan penguasaan tahta Liga.
Fabregas turut mengesa rakan pasukan agak lebih yakin bila ber…