Posts

Showing posts from November 7, 2010

Preview Match 13: Everton v Arsenal at Goodison Park

Image
Perlawanan ke-13 Arsenal tuk musim nie ialah berkunjung ke Goodison Park. Pasukan yang diberi jolokan Mersey merupakan pasukan yang selalu memberi masalah kepada pasukan kita tetapi sering kali kita dapat atasi mereka lagi2 game di Goodison Park. Tapi adakan takdir akan berubah tuk game kali nie?? Mari kita lihat secara rawak prestasi Arsenal bertemu Everton dan prestasi terkini pasukan masing2.
Tuk rekod, musim lepas kita berjaya mengalahkan Everton dengan 6-1 pada aksi pembukaan Liga. Kita juga pernah menang di Mersey semasa zaman Highbury dengan 7-0. Tetapi tu sumer rekod lampau yang hanya boleh dilihat dan dikenang sebagai kenangan manis pasukan kita. Tetapi tuk musim nie ianya sangat berlainan.
Sepanjang 7 perlawanan terakhir, Everton tak pernah tewas dengan menang 3 dan seri 4 kali termasuk kemangangan keatas jiran tertangga mereka iaitu Liverpool dengan 2-0. Melihat prestasi terkini mereka, aku yakin kali nie Everton telah bersiap sedia menanti kunjungan kita dan akan memberi aks…

CitCat Arsenal : Szczesny Sambung Kontrak & Kecederaan Diaby

Image
Wojciech Szczesny telah menandatangani kontrak jangka panjang beliau bersama pasukan kita berkuatkuasa semalam. Szczesny yang mengancam akan berpindah keluar selepas beliau gagal menembusi hierarki penjaga gol Arsenal dengan ketika nie Fabianski telah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai penjaga gol no.1 kita.
Selepas membuat kenyataan mengancam akan keluar, Wenger segera memberi peluang kepada Szczesney pada Piala Liga ketika berkunjung ke Newcastle. Beliau membuktikan yang beliau mampu menjadi yang terbaik buat pasukan kita. Aku nampak mamat Poland nie boleh pegi jauh, tapi perlu sabar lebih sket la. Jangan nak memberontak ja tak tentu pasal, masa akan menentukan peluang beliau.
So dengan termaktub penyambungan kontrak panjang Szczesny bersama Arsenal, kita telah memiliki asset yang berharga buat masa hadapan. Tetapi selagi Wenger bersama kita, aku yakin selepas nie semua pemain utama akan terus kekal di Arsenal sebabnya hutang kita dah semakin kurang, tak perlu lagi Wenger membuat s…

Bolton Sedia Lepas Cahill £15 Juta

Image
Bolton hari nie membuat kabar gembira buat Arsenal apabila bersedia menjual pertahanan mereka iaitu Gary Cahill bagi mengurangkan hutang piutang yang semakin bertambah hampir £100 juta. Jadi mau tak mau mereka perlu menjual pemain terbaik mereka bagi mengurangkan beban hutang tersebut.
Ini merupakan berita baik buat kita bagi mendapatkan Cahill setelah lama cuba membawa masuk pemain tersebut terutamanya pada musim perpindahan baru nie. Kita gagal membawa masuk Cahill selepas Bolton meletakkan harga yang agak tinggi terhadap pemain tersebut. Kali nie aku harap Wenger akan meneruskan minat beliau bagi membawa masuk pemain England ini bagi memantapkan lagi barisan pertahanan sedia ada.
Sekiranya Cahill menyertai kita, aku pasti gandingan terbaik beliau sudah semestinya Vermaelen ataupun Squillaci. Bagi aku Koscielny tak cukup mantap, walaupun kadang kala dapat membaca permainan lawan tetapi kekuatan fizikal beliau masih lemah. So ayuh Wenger jangan kasi terlepas Cahill nie kepada Mancheste…
Image
Opsss I'm Sorry...sbb lambat post result game pagi tadi. Pagi tadi aku bangun tengok game Arsenal walaupun hanya pakai online saja,tapi memang puas hati game pagi tadi. Mesti sumer dah tau yang team kita kembali kelandasan kemenangan dengan jayanya. So aku nak kongsi sket barisan pemain yang di turunkan Wenger pagi tadi :-
Arsenal's TeamXI
Fabianski Sagna---Squillaci---Djourou---Clichy Fabregas---Song---Wilshere Rosicky---Chamakh---Arshavin
Untuk game pagi tadi Wenger membuat sedikit perubahan yang positive, memasukkan pemain berpengalaman terutamanya Arshavin dan Rosicky. Fabianski turut dikekalkan sebagai penjaga gol No.1 kita. Fabregas yang masih dalam keraguan mengenai tahap kecergasan beliau turut diturunkan. Harapan kita untuk game kali nie melihat anak buah Wenger bangkit dari kekalah kepada Newcastle pada Ahad lepas.
Chamakh yang dikecam oleh kebanyakkan penyokong the Gunners pada aksi Ahad lepas membuktikan yang beliau mampu membantu pasukan kita pada kali nie. Beliau telah…

Preview Match 12: Wolverhamton Wanderes v Arsenal at Molineux Stadium

Image
Malam nie kita bakal menyaksikan pasukan kita yang dimalukan Newcastle pada Ahad lepas akan bertandang ke Molineux Stadium. Misi kali nie kita perlu kembali ke prestasi asal seperti di awal musim, tak mau lagi di malukan oleh pasukan serigala hitam nie. Masa kekalahan baru nie kita di ajar bagaimana pasukan lawan bermain dengan kita, bermain agak fizikal, hanya memiliki 2 peluang dimana salah satu peluang dapat di sudahkan dengan gol yang baik. Tetapi berdasarkan statistik juga kita yang mengawal keadaan atas padang masa tuh..so kita perlu penyudah yang mantap bagi menghadapi perlawanan kali nie.
Wolve juga bermain agak fizikal dan memiliki pemain yang boleh menghancurkan pasukan kita, dengan aksi Jarvis yang selalu mengucar-kacirkan pertahanan lawan seperti menentang Mancity dan Manu baru2 nie. Kevin Doyle juga mampu memberi masalah kepada kita. Tapi aku pasti Wenger akan menggunakan pemain terbaik beliau kali nie..Squillaci pun ada buat statement yang pasukan hebat tak boleh kalah 3…

Oh Carroll..!! Newcastle Tewaskan Arsenal

Image
Melihat kepada keputusan pada malam nie, kita masih kekurangan jentera serangan yang mampu memusnahkan benteng lawan yang lebih sasa dari kita. Tengok saja la macam mana Coloccini dan Williamson mengawal ketat Chamakh dan Walcott. Barisan pertahanan kita juga ternyata terlalu kerdil untuk menahan asakan set-piece dari penyerang yang memiliki kelebihan bentuk tubuh yang lebih sasa dan tinggi dari pertahanan kita.
Berikut adalah barisan permain yang diturunkan Wenger pada kali nie:
Arsenal's XI
Fabianski Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy Fabregas---Song---Wilshere Walcott---Chamakh---Nasri
Wenger kembali menurunkan Fabregas dan Chamakh setelah merehatkan mereka pada game yang lalu ketika kalah kepada Shakhtar Donetsk. Tetapi kita melihat aksi Fabregas pada kali nie merupakan aksi yang agak buruk dengan begitu banyak melakukan kesilapan hantaran, cuma sekali sekala gerakan yang dibuat beliau nampak seakan berbahaya kepada pihak lawan.
Newcastle yang berada dikemuncak prestasi setelah me…