Posts

Showing posts from August 8, 2010

Preview Match 1: Liverpool v Arsenal at Anfield

Image
Salam semua kepada pembaca ArsenalMalaysia, seperti yang aku janji aku nak highlightkan preview untuk perlawanan hari ini dimana Liverpool akan menanti kunjungan Arsenal untuk pembukaan perlawanan pertama kedua-dua pasukan pada musim ini. Sememangnya rekod pertemuan Arsenal dalam 2-3 musim lalu Arsenal tidak menghadapi masalah ketika bermain di Anfield tetapi untuk kali ini Arsenal perlu buktikan kemampuan mereka untuk mencabar kejuaraan dan sememangnya itu yang diharapkan semua penyokong Arsenal. Sebelum aku mengulas lebih lanjut aku nak bagi gambaran sedikit dengan pasukan yang bakal Arsenal turunkan pada malam ini :
ArsenalMalaysia's Predicted XI
Almunia Sagna---Koscielny---Vermaelen---Clichy Wilshere---Diaby---Nasri Walcott---Chamakh---Arshavin
Dengan senarai kecederaan dan masalah kecergasan, aku rasa ini merupakan barisan terbaik Arsenal untuk berkunjung ke Anfield. Diaby dan Arshavin telah disahkan boleh bermain, tetapi keraguan masih melanda Cesc Fabregas dan Robin van Persi yan…

Arsene Wenger Kekal Bersama Arsenal Sehingga 2014

Image
Arsenal hari ini mengumumkan berita gembira sebelum sepak mula EPL, dimana pengurus Arsene Wenger telah bersetuju dan menandatangani kontrak lanjutan selama 3 tahun dimana akan mengekalkan beliau bersama Arsenal sehingga 2014. Ini sememangnya memberi kabar berita gembira kepada pemain Arsenal dan seluruh penyokong Arsenal.
He said: 'My heart belongs to Arsenal and my desire is to see this team win silverware. My commitment and drive are as strong and fresh as ever.'Signing a new deal means that I can see this talented group of players reach their potential. Trust me, they are ready to deliver.
Wenger merupakan pengurus paling lama dalam sejarah Arsenal, telah membawa pasukan mengecapi kejayaan pada tahap tertinggi dan berjaya mencungkil bakat pemain di seluruh dunia. Beliau juga merupakan orang yang membawa perubahan dalam cara permainan bosan Arsenal kepada pemainan yang lebih menarik dan beliau juga telah membawa Arsenal ke satu era dimana Emirates Stadium telah dibina dengan…

Pencari Jersey Arsenal Dreamcast

Image
Sebentar tadi, Afham baru sahaja menerima panggilan yahoo messenger yang mengatakan hasrat salah seorang penyokong setia gooners untuk mendapatkan jersey berkenaan. Sesiapa yang mempunyai jersi tersebut dan ingin menjualnya sila nyatakan di komen ini atau terus menghubungi Afham. Size M. Harga boleh dirunding. Sekian, terima kasih.

Bersediakah Arsenal Untuk Musim 2010/2011??

Image
Salam kepada fan Arsenal di seluruh Malaysia dan dimana saja anda berada. Sebelum aku memulakan perbicaraan ilmiah kali nie aku nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarrak kepada semua yang beragama Islam. Ok berbalik kepada tajuk pada kali ini, kurang 3 hari dari sekarang Arsenal akan memulakan kempen EPL pada 15 Ogos nanti dengan berkunjung ke Anfield bagi bertemu Liverpool sebagai pembuka kempen baru 2010/2011 kali ini.
Persoalan timbul dikalangan peminat, adakah Arsenal sudah cukup bersedia dengan kempen kali ini?? Bagi aku, melihat kepada persiapan rapi Wenger di awal pra-musim Arsenal sememangnya menunjukkan kesungguhan bagi mencabar kejuaraan kali ini. Dengan kemasukan pemain baru iaitu Laurent Koscielny dan Marouane Chamakh seawal permulaan pra-musim, Arsenal dilihat lebih serius bagi membawa pulang piala ke Emirates. Kemasukan Koscielny dan Chamakh dilihat sebagai penambahan terbaik Arsenal dengan Wenger sekali lagi dipuji bijak membuat pilihan …

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Image