Posts

Showing posts from July 25, 2010

Tak Boleh Salahkan Fabregas

Image
Cesc Fabregas, ketika menyertai Arsenal umur beliau baru 16 tahun ketika itu dan tiada seorang pun mengenali beliau. Beliau yang menyertai Arsenal dari Akademik Barcelona selepas Wenger terpikat dengan bakat yang beliau ada. Peraturan di Sepanyol yang menyatakan kelab tidak boleh mengikat sebarang kontrak dengan pemain berusia di bawah 18 tahun memberi peluang Arsenal mendapatkan beliau secara pindahan percuma dan hanya membayar wang pampasan terhadap Barcelona sahaja.
Beliau merupakan pemain tengah yang mempunyai bakat sempurna dengan skill yang begitu bagus dan mempunyai kepintaran dalam membuat hantaran bola. Wenger akhirnya berjaya mengilap bakat yang sedia ada kepada Cesc Fabregas yang anda nampak hari ini. Tetapi harus di ingat beliau sebenarnya produk dari Barcelona, kelab yang melahirkan begitu ramai pemain berbakat besar. Hakikat ini harus diterima oleh penyokong Arsenal setelah timbul isu Fabregas mahu pulang ke Barcelona.
Nama Fabregas mula meniti dibibir penyokong Arsenal se…

Wenger Seperti Ayah Kepada Saya

Image
Cesc Fabregas telah mendedahkan azab atas susulan pindah ke Barcelona, menggambarkan dirinya sebagai "Gunner" dan Arsene Wenger sebagai "ayah kedua".

Wenger telah berbual hati ke hati dengan kapten menjelang Piala Dunia di mana Fabregas menyatakan keinginan untuk kembali ke kota kelahirannya.

Arsenal telah menolak tawaran formal £ 29,200 dari Barcelona dan sekarang menolak untuk memasuki perundingan dengan Juara La Liga itu. Barcelona mempunyai masalah
kewangan dan hutang £ 368,000,000, ada perasaan yang meningkat di Arsenal bahawa pertempuran untuk menjaga Fabregas telah dimenangi

Fabregas akan melapor diri semula untuk latihan pra-musim pada Khamis Seterusnya Arsenal dan mengundurkan diri terhadap kemungkinan bahawa dia akan menghabiskan tahun depan di Emirates. "Saya penggemar Barca, aku sosio, seperti kakekku, pamanku, sepupu saya. Saya telah merasakan warna dari usia muda, aku Catalonia," kata Fabregas. "Namun, aku kapten Arsenal, saya …

Emirates Cup: Arsenal Bakal Pertahan Kejuaraan

Image
Salam semua Gooners, 1stly aku minta maaf sebab tak sempat nak buat Pre-match n Review game Arsenal kat Austria. So tuk Emirates Cup nanti aku cuba luangkan masa tuk memberi sedikit gambaran tentang kejohanan tahunan di Stadium Emirates nie.
Memandangkan kejohanan akan bermula pada 31 Julai sehinggal 1 Ogos nanti, setiap pasukan yang akan menyertai kejohanan ini telah menyenaraikan pemain yang akan beraksi di Stadium keramat Arsenal ini nanti. Dengan di dahului oleh AC Milan, kemudian Celti dan seterusnya Olympique Lyonna. Jadi aku akan senaraikan nama pemain mengikut seperti yang telah diumumkan di Website Arsenal.com.
AC Milan :
Marco AMELIA (GK)
Kakha KALADZE
PATO
Gennaro GATTUSO
Filippo INZAGHI
Clarence SEEDORF
Alessandro NESTA
Rodney STRASSER
Sokratis PAPASTATHOPOULOS
Mathieu FLAMINI
Massimo ODDO
Marek JANKULOVSKI
Gianluca ZAMBROTTA
gnazio ABATE
Andrea PIRLO
BORRIELLO
Massimo AMBROSINI
Daniele BONERA
Flavio ROMA
Christian ABBIATI (GK)
Giacomo BERETTA
Simone VERDI
Mario Alberto YEPES
Luca ANTONINI
RONALDIN…

Kenapa Penyokong Arsenal Patut Berbangga

Sejak kebelakangan ni, kita selalu dengar orang ramai cakap Arsenal dah hampeh, Arsenal makin ke belakang, Arsenal dah XXX tahun tak menang piala, Arsenal itu, Arsenal ini, tapi berasas ke kritikan diorang tuh? aku pun kadang-kadang rasa mual sebab kalau ada berita pasal Arsenal, mesti ada ayat 'Arsenal dah XXX tahun tak menang piala'. Jadi kat sini aku nak bagi info sikit kenapa kita patut terus berbangga menyokong Arsenal walaupun orang kata macam-macam. Apa-apa hal, aku nak buat perbandingan sikit antara Arsenal dengan musuh-musuh kita dalam BPL.
Liverpoodah - Aku heran kenapa orang tak sentuh langsung pasal liverpool yang sebenarnya makin ke belakang. Ok la, pertama sekali, kali terakhir liverpool menang BPL adalah pada musim 89-90. maknanya dah 2 dekad diorang tak menang liga. Media tak kecoh pun pasal ni. kali terakhir liverpool menang trofi pun community shield tahun 2006. maknanya dah 4 tahun diorang tak menang apa-apa. media buat tak tahu. (tapi kalau kita ingat tahun …

Kenapa Barca Beria Sangat nak Fabregas

Halu sume.. aku ni penulis baru kat sini, jadi ni kira artikel pertama aku la.jadi untuk artikel pertama aku ni, aku nak luahkan sikit pendapat aku kenapa barcaloanus beria-ia sangat nak bawak fabregas ke Nou Camp yang buruk tuh. kite pun tau betapa barcaloanus beria nak beli fabregas dan menggunakan taktik kotor dengan mengerahkan semua pemain membuat kenyataan media mintak fabregas datang barca. sampaikan xavi tiba-tiba jadi doktor pakar dan berjaya mengesahkan bahawa fabregas memiliki DNA barca.
jadi, tak nak cerita panjang, aku bagi antara sebab-sebab kenapa barca terdesak sangat nak fabregas. (ini sume pendapat aku je, bukan fakta) Barca terasa diri mereka amat bodoh kerana gagal meyakinkan fabregas untuk terus tinggal di nou camp masa fabregas berumur 16 tahun. mereka terasa bodoh sebab melepaskan pemain yang kini berstatus bintang, jadi mereka nak tutup kemaluan mereka.dengan ketibaan Jose Mourinho kat Real Madrid, barca rasa amat terancam dan ketakutan, dan mereka nak memiliki s…

Fab4 Terima Lamaran Barca?......

Image
Arsene Wenger akan bertemu empat mata bersama Cesc Fabregas secepat mungkin untuk memulakan perbincangan tentang masa depan pemain yang berjersi no 4 ini, Bagi mengungkai kemelut yang direncanakan oleh Barcelona ketika ini.

Laporan terdahulu bahawa Fabregas komited untuk menghabiskan musim akan datang di Emirates, melegakan peminat-peminat dan pengurus The Gunners. Namun berita yang entah darimana media dapat bahawa Fabregas telah bersetuju kontrak lima tahun dengan Barcelona yang akan membayar £ 5.900.000 setahun, Telah menaikkan lagi kemarahan tahap Gaban fan Arsenal Seantero.

Menurut Media Sport yang berasal dari Barelona, telah ada kesepakatan antara Fabregas dan Barcelona tentang kontrak tersebut, Wenger akan mengambil tindakan secara jujur dan harmoni terhadap pemainnya yang telah diasuh untuk menjadi pemain tersohor kini telah berpaling tadah terhadapnya . Namun, jika Fabregas berkeras untuk pergi, maka The Gunners akan meletakkan harga £ 55 juta euro, yang agak tak berapa tingg…

Update Dari Kem Arsenal

Image
Mula sekali aku nak highlight kat korang pasal sorang pemain masa hadapan Arsenal, tak lain tak bukan iaitu Jack Wilshere. Beliau baru-baru nie menegaskan yang beliau mahu bermain untuk Arsenal pada musim ini, dan telah menyatakan yang beliau sangat bersedia dan kalau boleh tidak mahu dipinjamkan lagi ke kelab lain.
Jack yang berusia 18 tahun ternyata merupakan asset penting Arsenal dan England. Beliau yang di pinjamkan ke Bolton musim lepas telah melakukan 18 penampilan untuk Bolton dan berjaya menjaringkan 1 gol ketika menentang West Ham. Beliau ketika ini masih belum berbincang dengan Arsene Wenger berkenaan perancangan Arsenal musim ini, dan beliau sekali lagi menyatakan yang beliau akan berbincang dengan Wenger sedikit masa lagi.
Aku harap Wilshere akan terus diberi peluang untuk pre-season kali ini. Sekiranya beliau berjaya menunjukkan sekali lagi aksi yang mantap, aku rasa tak mustahil Wenger akan terus menaruh kepercayaan terhadap beliau. Untuk Emirates Cup nanti, aku berharap …