Posts

Showing posts from April 4, 2010

Pique baling kacang ke Fabregas

Image
Just for Fun

Relax kengkawan. Suram sangat!! Jangan Kecewa K

Pakcik's View: Arsenal vs. Barcelona 7 April 2010

Image
"On the unstoppable Messi..."

I hear and read a lot about the defeat of Arsenal againts mighty Barcelona. I admit that Barca is a great team, and with Messi on the team, they have been so special. There is no doubt that he is the best player and striker in the world right now. If you analyzed all the four goals and exclude Messi in them, i think all of it wouldn't be a goal.Some people blame Wenger's philosophy to not do man marking against their opponents, in this circumstances, i need to agree with that. I think Messi's performance on that match is the best, because the he almost scored all the chances given or created by himself.




"Where was the mistake..."

First, Arsenal didn't press Barcelona as what they did to them. You came to Nou Camp, you face Barca, you need to win the ball. You see when we win the ball, they came to us and they push in every way they can. Arsenal should be more agressive and hold the ball. Second,we should scored when they m…

Kalah bermaruah

Image
Sungguhpun arsenal tewas pada perlawanan menentang barca di nou camp. saya pasti ramai peminat arsenal kecewa dengan kekalahan ini. biarlah dengan kekalahan ini memberi suntikan baru kepada pengurus pasukan dan juga pemain muda arsenal di dalam mengejar impian arsenal. skuad arsenal sekali lagi berputih mata dengan barcelona. biarpun begitu, syabas kepada arsenal kerana berjaya melangkah sejauh ini. apa yang paling manis arsenal adalah diantara lapan pasukan terbaik dunia pada sesi 2009/10. kehandalan lionel messi terserlah pada malam tersebut menunjukkan beliau memang layak dianugerahkan pemain terbaik dunia pada ketika ini. syabas untuk barca. syabas untuk henry. 4-1 ( All Messi) (Bedtner)

Arsenal miliki semangat juang

Image
LONDON - Arsene Wenger yakin para pemain Arsenal mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi juara Liga Perdana England musim ini.

Selain itu, Arsenal mampu menghadapi ujian terbesar dalam sejarah kelab itu apabila bertemu Barcelona pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Skuad The Gunners mempunyai tugas berat untuk menewaskan juara Sepanyol itu selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Emirates minggu lalu.

Sabtu lalu, Nicklas Bendtner muncul wira selepas dia menjaringkan gol pada masa kece- deraan untuk mengesahkan kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Wolverhampton Wanderers.

Kemenangan ini terus menghidupkan peluang Arsenal memburu gelaran Liga Perdana England musim ini.

"Semangat tersebut amat diperlukan apabila kami bertemu Barcelona. Ia tentang ketahanan mental.

"Pemain saya memiliki kegigihan dan kekua- tan mental. Sebab itu saya mahukan mereka berjaya kerana saya rasa dalam diri dan kepala mereka ada semangat untuk menjadi juara.

"Mudah untuk kit…

Detik penentuan buat Barca

Image
Temu Arsenal, Real dalam tempoh empat hari

MADRID: Barcelona menempuh detik getir minggu ini dengan dua halangan besar – pertama bertemu Arsenal dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah dan kemudian berentap musuh tradisi, Real Madrid dalam saingan liga – segala-galanya akan berlaku dalam tempoh empat hari yang padat.

Pertemuan menentang anak didik Arsene Wenger di Nou Camp, awal pagi esok harus menguji karektor gergasi Sepanyol itu kerana keputusan seri 2-2 di Stadium Emirates, minggu lalu hanya menyuntik semangat kepada pelawat menyingkirkan juara bertahan itu.

Satu lagi perlawanan menemukan wakil Russia, CSKA Moscow menentang juara Serie A, Inter Milan pimpinan Jose Mourinho dengan pelawat hadir berbekal modal kemenangan 1-0.

Apa yang ketara, kedua-dua pengendali – Pep Guardiola (Barcelona) dan Wenger terpaksa merombak barisan kesebelasan kerana dilanda masalah kecederaan dan penggantungan permainan.

Barcelona akan turun tanpa penyerang, Zlatan Ibrahimovic dan bek tenga…

Gunners sedia bedil benteng Barcelona

Image
BARCELONA - Arsenal yakin ketiadaan pertahanan tengah Barcelona, Carlos Puyol dan Gerard Pique bakal menjadi kunci penting untuk Gunners mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, esok.

Skuad Arsene Wenger, yang seri 2-2 dalam pusingan pertama suku akhir di Emirates minggu lalu, dibebani masalah kecederaan ketua pasukan, Cesc Fabregas dan pertahanan Perancis, William Gallas, yang terpaksa berehat kerana kecederaan.

Namun, Gunners percaya ketiadaan Puyol dan Pique yang beraksi pada perlawanan La Liga lebih 4,000 minit musim ini, memberi kelebihan untuk menundukkan penyandang juara itu di Nou Camp.

Puyol dibuang padang kerana terjahan keras ke atas Fabregas di Emirates, manakala Pigue turut melakukan kesilapan sama.

"Mereka beraksi tanpa tonggak pertahanan tengah dan ia merupakan situasi yang sukar buat mereka namun kelebihan buat kami.

"Semua orang menjangkakan ia perlawanan sukar buat kedua-dua pasukan, namun kami tetap berfikir kami mampu melakukannya.

''Ia merupakan trofi y…

Preview UEFA Champion League Q-Final: FC Barcelona v Arsenal FC (2nd Leg)

Image
Pertemuan klasik kedua bakal berlangsung pada awal pagi Rabu nanti di antara FC Barcelona v Arsenal FC pada perlawanan kedua suku akhir UEFA Champion League di Stadium Nou Camp. Perlawanan yang semenangnya bakal menyaksikan kedua-dua pasukan akan berjuang bermati-matian untuk melayakkan diri ke separuh akhir yang mana akan menemukan samada Inter Milan/CSKA Moscow. Berikut adalah barisan kemungkinan Arsenal yang bakal berkunjung ke Nou Camp awal pagi Rabu nanti :
ArsenalMalaysia's Predicted XI
Almunia Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy Nasri---Denilson---Diaby Walcott---Bendtner---Eboue
Subs: Fabianski, Traore, Silvestre, Eastmond, Rosicky, Merida, Eduardo.
Ketika berita kecederaan Fabregas, Gallas, dan Arshavin pada perlawanan pertama di Emirates masih lagi belum reda, Arsenal menerima satu lagi tamparan apabila Song tidak tersenarai dalam rombongan ke Nou Camp kali ini. Song dikatakan mengalami masalah groin ketika beraksi menetang Wolves sabtu lepas.
Dengan berita kecederaan terbaru,…

Arsenal menyenaraikan 18 pemain yang bakal ke Barcelona

Image
Manuel AlmuniaLucasz FabianskiNicklas BendtnerEduardoAbou DiabySamir NasriDenilsonFran MeridaTheo WalcottThomas RosickyCraig EastmondArmand TraoreEmmanuel EboueGael ClichyBacary SagnaThomas VermaelenSol CampbellMikael SilvestreBarcelona 0-1 Arsenal

Tumpuan Kepada Walcott, Messi. Dan Arsenal Berani Mati di Nou Camp....

Image
Siapakah pemain Arsenal yang boleh membuat Josep Guardiola pening? Pengurus Barcelona itu terus menunjuk ke arah Theo Walcott.Ada alasan mengapa Guardiola berwaspada pada winger England itu. " Walcott sangat lincah. Lariannya mak ai... Sukar menahan pemain seperti itu. "Dia tidak boleh dihentikan, bahkan dengan senapang sekalipun," kata Guardiola The Sun."Larian Walcott 100 meter-10,3 saat, luar biasa bagi seorang pemain bolasepak dan pertahanan mana pun akan ketinggalan dengannya,".Barcelona merasakan sendiri bagaimana sukarnya menahan pergerakan pemain 21 tahun tersebut. Karena dialah Arsenal mengejar ketinggalan 0-2 pada perlawanan pertama di London. Walcott terlepas dari hadangan Maxwell dan Gerard Pique, terus menjaringkan gol hasil umpanan Nicklas Bendtner di minit ke-69.
Lionel Messi
Bekas pemain Arsenal dan Barcelona, Emmanuel Petit, berharap "The Gunners" tidak mengambil mudah kemampuan Lionel Messi. Petit risau, Messi akan mengelua…