Posts

Showing posts from March 28, 2010

Bendtner Penyelamat Arsenal!!!

Image
Nicklas Bendtner sekali lagi menjadi penyelamat Arsenal selepas beliau menyempurnakan hantaran Sagna dengan tandukan yang berjaya menewaskan penjaga gol Wolves. Sebelum kemasukan Bendtner dan Nasri, Arsenal dilihat gagal mencari gol walaupun begitu banyak peluang di perolehi terutama dari Eduardo serta Walcott. Berikut adalah kesebelasan utama Arsenal.
Arsenal's Team XI
Almunia Sagna---Campbell---Vermaelen---Silvestre Rosicky---Song---Denilson Walcott---Eduardo---Eboue
Subs: Fabianski, Clichy, Eastmond, Diaby, Nasri, Bendtner, Vela.
Wenger membuat 7 pertukaran pemain dengan merehatkan beberapa pemain bagi pertemuan dengan Barcelona awal pagi Rabu nanti. Dengan Campbell, Silvestre, Rosicky, Denilson, Walcott, Ebou serta Eduardo dipilih sebagai pemain pemulaan. Arsenal yang beraksi tanpa kelibat Fabregas nampak tidak menghadapi masalah pada awal permainan.
Awal separuh masa pertama Arsenal dilihat begitu baik mengatur serangan kekubu Wolves. Arsenal beroleh peluang pertama apabila Eduardo y…

Preview: Arsenal FC v Wolverhampton

Image
Esok Arsenal bakal membuka lembaran baru saingan Liga Perdana Inggeris apabila Wolves akan menjadi tetamu di Stadium Emirates nanti. Dengan pertemuan Manchester v Chelsea di Old Trafford pada awal mlm esok, Arsenal dilihat akan kembali merapatkan kedudukan sekiranya Arsenal berjaya mengalahkan Wolves. Dengan berita kecederaan yang kembali menghantui kem Arsenal, Wenger dilihat kembali resah. Berikut adalah barisan kemungkinan Arsenal pada esok malam :
ArsenalMalaysia's Predicted XI
Almunia Sagna---Campbell---Vermaelen---Traore Rosicky---Song---Denilson Walcott---Bendtner---Nasri
Dengan kecederan yang menimpa barisan utama Arsenal ketika menentang Barcelona awal pagi Khamis lepas, dengan Gallas, Arshavin terkeluar selama 3 minggu dan kapten kesayangan kita iaitu Cesc Fabregas disahkan berehat selama 6 minggu. Arsenal dilihat akan menggunakan pemain simpanan yang sedia ada. Dengan Rosicky, Walcott, Eduardo, Merida, Vela dan juga Eastmond mampu menggalas cabaran untuk baki musim ini.
Pada …

Berita Baik!! RVP akan Kembali 14 hari lagi...

Image
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, dalam 14 hari lagi, Robin van Persie akan pulih dari kecederaan pergelangan kaki, dan mula mengikuti sesi latihan bersama skuad utama. Bila hasilnya amat memuaskan, Van Persie boleh terus dimasukkan sebagai pemain utama Arsenal.

"Berita terakhir dari Robin van Persie sangat memuaskan. Namun, kami masih harus menunggu dua minggu lagi untuk menguji secara penuh dalam latihan skuad utama," kata Wenger.

"Mudah-mudahan RVP boleh beraksi dalam baki perlawanan musim ini" katanya.

Van Persie mengalami kecederaan apabila mewakili pasukan Belanda dalam perlawanan persahabatan melawan Itali, pada bulan November 2009 . Ia dijangka bakal berehat sehingga musim ini berakhir. Namun, proses pemulihan berjalan lebih cepat dari apa yang jangka.

Jika rancangan Arsene Wenger berjalan lancar, Van Persie masih boleh beraksi di empat perlawanan terakhir Premier League, iaitu melawan Wigan Athletic (18/4/2010), Manchester City (24/4/2010), Bl…

Berita Buruk!!Fabregas Rehat 6 Minggu

Image
Berita buruk melanda skuad Arsenal lepas aksi menentang Barcelona awal pagi tadi. Dengan beberapa pemain yang baru sembuh dari kecederaan telah kembali menerima rawatan dan dijangka akan berehat panjang. Selepas aksi terbaik yang dipamerkan kedua belah pihak, Arsenal paling malang dengan 3 orang pemain utama cedera dengan Fabregas, Gallas serta Arshavin seperti terpaksa melupakan baki musim ini.
Kecederaan Fabregas berlaku selepas menerima terjahan dari Carlos Puyol.Kaki beliau yang tersepit dicelah paha Puyol memberi kesan yang begitu menyedihkan dengan kemungkinan tulang fibula beliau retak. Dan sebentar tadi aku mendapat tahu dari soccernet yang Fabregas berkemungkinan akan berehat sekurang-kurangnya 6 minggu.
Ini bermakna beliau akan terlepas keseluruhan kempen musim ini dan dijangka akan tercicir dari menyertai skuad Sepanyol ke Piala Dunia di Afrika Selatan Jun nanti. Tetapi sekiranya beliau berjaya pulih pada pertengahan bulan hadapan, beliau berkemungkinan akan dapat beraksi ke…

Pakcik's View: Arsenal vs. Barcelona 1 April 2010

Image
"On the fighting spirit shown by Arsenal..."

I was impress with the not giving up attitude although they are 2-0 down with the losses of
Arshavin dan Gallas. Bring on Walcott changed the game completely and give more possession to
Arsenal.Barca control the flow of the game well by keeping the ball and try to frustate Arsenal.
It is important to not concede at home, but what done is done. Walcott goal and captain Fabregas
penalty indicate that this match will be no holds barred. It was a disappointing fact that
Fabregas suspended for the next match and it'll be a huge loss.


"On Barca goals...."

Perhaps this is the first time i blame the keeper for both goals. The first one is just unforgiven.
Almunia decision to step out when there are no real threat is a very stupid and second class
goalkeeper action. The second goal is a flaw from misposition of defender, but as i said earlier,
Gallas absence weakened the defence a lot. I think Almunia could save the second goal, at leas…

Superb-Walcott & Fab-bulous Fabregas!!! Great Come Back!!!

Image
What a great come back from Arsenal!!! Fabregas dan Walcott menjadi hero Arsenal pada malam ini apabila kembali mengikat Barcelona yang mendahului 2-0 pada awal separuh masa kedua dan menghidupkan semula harapan Arsenal memberi cabaran pada pertemuan kedua nanti di Nou Camp. Wenger membuat kejutan dengan kembalinya William Gallas kedalam skuad Arsenal, berikut adalah barisan terbaik Arsenal pada malam ini :
Arsenal's Team XI
Almunia Sagna---Gallas---Vermaelen---Clichy Fabregas---Song---Diaby Nasri---Bendtner---Arshavin
Subs: Fabianski, Campbell, Eboue, Rosicky, Denilson, Walcott, Eduardo.
Arsenal memulakan aksi klasik bertemu Barcelona pada mlm ini dengan skuad dilihat mempunyai kekuatan tersendiri, dengan bermula baik di awal permainan. Tetapi Barcelona yang kemudianya mendapat rentak terus memberi tekanan kepada benteng Arsenal yang dikawal Gallas dan Vermaelen bagi mengekang Messi serta Ibrahimovic.
Dengan gandingan serta vision yang baik dari pemain-pemain Barcelona, Arsenal semakin t…

Arsenal 2 - 2 Barcelona

Image
Aku cukup gembira dengan keputusan perlawanan pada pagi ini selepas Arsenal bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 hingga ke babak akhir selepas ketinggalan 0-2.


Secara jujurnya, bermula pada babak pertama, ada kelas berbeza antara kedua-dua pasukan ini walaupun kedua-duanya mempunyai filosofi hantaran yang sama. Sebagaimana yang kita lihat, Barcelona mempunyai kecekapan passing yang lebih jitu berbanding Arsenal. Setiap kali pemain Barcelona mendapat bola, terlalu sukar untuk Arsenal memintas mereka sehingga terpaksa melakukan rampasan yang lebih kasar. Arsenal pula kelihatan agak hambar dalam melakukan hantaran hingga berlaku beberapa salah faham. Di akhir perlawanan, kita juga dapat melihat display yang menunjukkan posisi bola memihak kepada Barcelona sebanyak 65%.

Pada babak pertama, Andrei Arshavin ditukarkan kepada Emmanuel Eboue selepas permainan masuk minit ke-27 serta pertukaran Gallas kepada Denilson pada minit ke-45. 3 kad kuning juga dilayangkan kepada Arsenal oleh Arshavin …

Clash of the Titans - Khas dari Armyrule

Image
Jemput2 la ke blog personal aku iyer..huhuhuuhu...http://mirocornerz.blogspot.com/

Preview UEFA Champion League Q-Final: Arsenal FC v FC Barcelona (1st Leg)

Image
Salam to all Gooners semalaya...aku terpaksa batalkan niat aku tuk cuti minggu ini memandangkan semua fan tengah tunggu game paling mendebarkan yang bakal berlangsung pada awal pagi ini. Pertemuan yang dijangka pertemuan klasik pada tahun ini, diantara Arsenal FC v FC Barcelona. Aku pun tak sabar nak menyaksikan pertemuan yang bakal menentukan nasib Arsenal dalam memburu piala musim ini. So tanpa membuang masa mari kita saksikan kesebelasan kemungkinan Arsenal pada awal pagi nanti:
ArsenalMalaysia's Predicted XI
Almunia Eboue---Campbell---Vermaelen---Clichy Fabregas---Song---Diaby Nasri---Bendtner---Arshavin
Aku menjangkakan akan ada perubahan dari skuad yang seri ketika kunjungan Arsenal ke St Andrew sabtu lepas yang mana sangat mengecewakan dari segi permainan dan juga gerakkan. Pagi nanti Arsene Wenger dijangkan akan menurunkan kesebelasan utama dengan kembalinya pertahanan kental, Thomas Vermaelen dan Eboue berkemungkinan besar akan mengambil tempat Sagna. Song pula dijangka akan ke…

Rumors Striker dan Full back

Image
Striker Bordeaux , Marouane Chamakh memberi isyarat yang dia akan bermain untuk Arsenal pada musim depan..The Gunners sangat berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Maghribi ini yg bermain untuk Bordeaux yg kontraknya masih bersisa sehingga penghujung musim ini.. sebelum ini The Gunners ingin mendapatkan beliau pada musim panas yang lepas tetapi selepas Bordeaux menolak harga yang dikemukakan oleh The Gunners dan perpindahan beliau tidak berjaya..


Dan Chamakh mungkin akan meninggalkan Bordeaux akhir musim ini untuk menyertai Arsenal tanpa harga yg perlu dibayar oleh The Gunners...itu menjadi kelebihan kepada wenger yg berminat terhadapnya tanpa mengeluarkan apa2 modal untuk beliau..sebelum ini Chamakh juga dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool tetapi jelasnya dia lebih gembira jika bermain di Emirates daripada bermain untuk Liverpool...


Dia berkata untuk L'Equipe : "adakah arsenal berada difikiran saya?sedikit , tapi akhir musim saya di bordeaux sangat pentin…

Antara Dendam, Nostalgia, Dilema dan Pengkhianatan.

Image
Perlawanan pertama suku akhir Liga Champions antara Arsenal dan Barcelona pagi esok, bakal menyajikan adegan balas dendam, nostalgia, dan pengkhianatan. Harap-harap, hal itu tidak menghalangi kedua team untuk menampilkan permainan cantik yang lebih ditunggu peminat berbanding hasil jaringan.

Punca yang menarik untuk dilihat, adalah dendam pertemuan kedua kelab di final Liga Champions 2006, di mana Arsenal kalah 1-2, walaupun telah berhasil mencetak gol terlebih dulu. Arsenal jelas sakit hati dan mereka memang perlu begitu. Karena, semenjak menjuarai Piala FA 2005, Arsenal gagal menjuarai apa-apa piala dan final 2006 itu adalah kesempatan terbaik mereka untuk menunjukkan arsenal bukan calang-calang kelab.

Thierry Henry orang yang akan membuat perseteruan kedua kubu bakal semakin panas. Bagaimana tidak, di final 2006 itu, Henry menjadi pemusnah barisan hadapan Arsenal. Kini, ia akan datang sebagai lawan, sudah jelas lagi bersuluh sebagai penyerang mestilah mempunyai misi membu…

Fighting Spirit Banner

Image

Mereka tetap di hati.

Image
Kepada semua fan Arsenal,

'Hancur, hancur, hancur...!!!'

Begitulah sakitnya perasaan dalam kalbu apabila melihat keputusan seri Arsenal - Birmingham pada hari Sabtu lepas. Tatkala Nasri dimasukkan dan menjaringkan gol, aku rasa aku mampu untuk mengukir senyuman. Malangnya jaringan pada babak-babak akhir Birmingham membuatkan panas dalam hati walaupun tidak diluahkan melalui muka. Sakit juga kalau marah yang ditahan-tahan ni. Rasa macam dicalar-calar dalam badan ni, tapi darahnya tak juga keluar. Hati terasa di carik-carik kalau dikenang keadaan itu.

Begitulah juga rasanya perasaan penyokong-penyokong the Gunners di luar sana. Kita membaca cerita Arsenal di mana-mana. Arsene Wenger sering bercerita mengenai konsistensi yang akhirnya tidak terdapat dalam pasukannya di saat MU dan Chelsea meraih kemenangan demi kemenangan sehingga akhirnya menambahkan lagi jurang mata kepada kedua-dua pendahulu liga itu.

Jika dilihat rekod sejak beberapa perlawanan, Arsenal ternyata memang konsisten.…