02 December 2010

World Cup 2018 Bid: Give It To England!

Kempen untuk World Cup 2018 sudah tamat, kini England bersiap sedia untuk menerima keputusan pengundian yang bakal diumumkan hari ini. Mengimbau kembali calon2 yang bertanding, England menerima persaingan dari Russia, Spain/Portugal dan Holland/Belgium. England menjadi negara pilihan yang dilihat bakal menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang berlangsung 4 tahun sekali itu. David Beckham menjadi duta penting untuk kempen kali ini untuk membawa kejohanan ini ke England.

Wenger juga turut menyokong untuk membawa kembali kejohanan Piala Dunia ke England selepas kali terakhir England menjadi tuan rumah pada tahun 1966 ketika England turut memenangi kejohanan tersebut buat pertama kali dan menjadi yang terakhir sejak itu.

Sekiranya England berjaya menjadi tuan rumah, aku nampak kemungkinan Emirates akan menjadi salah sebuah venue kejohanan yang menarik. Wenger juga melihat England sangat layak menganjurkan kejohanan tersebut dengan reputasi pasukan serta kelengkapan infrastruktur yang lengkap dan selesa kepada seluruh peminat di seluruh dunia. Peminat di England juga lihat antara peminat bola sepak sejati untuk bola sepak, jadi sangat sesuai kali ini England di beri peluang untuk menganjurkan kejohanan ini.

Sekiranya England berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018, ini memberi peluang kepada generasi baru untuk membuktikan keupayaan mereka di tempat mereka sendiri. Arsenal saja memiliki pemain masa depan yang sangat baik. Di ketuai oleh Wilshere, ketika 2018 nanti, umur Wilshere sekitar 27 tahun. So masa yang sesuai untuk beliau membuktikan kepada dunia yang England mampu menjuarai kejohanan ini.

Aku juga yakin dalam tempoh 8 tahun nanti, akan ada lagi bakat baru dari akademik Arsenal serta lain-lain kelab. Arsenal dilihat memiliki begitu ramai pemain muda England yang berbakat yang dilihat akan beraksi dalam 2018 nanti, tetapi pemain muda Chelsea seperti Joshua McEachran, pemain Manchester United seperti Tom Cleverly serta Andy Carroll pemain Newcastle United lihat memiliki harap cerah untuk menjulang England nanti.

Apa pun bergantung kepada undian yang bakal di umumkan nanti. Harapan seluruh peminat England agar kali ini, kempen 2018 akan kembali ke England selepas sekian lama tidak menganjurkan kejohanan tersebut. So ini la masa yang sesuai ketika Liga Perdana Inggeris semakin mendapat perhatian diseluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan