Wenger Takkan Beli Pemain Baru Januari Ini!

Tinggal seminggu lagi pintu perpindahan Januari 2011 akan dibuka..semua kelab sedang berkira-kira nak beli pemain baru bagi mengharungi baki liga musim ini. Tetapi berlain pula dengan kem kita, Wenger nampaknya menegaskan yang beliau sekali lagi tidak akan membeli pemain baru. Kenapa?? Duit dah bertimbun kelab bagi, apa lagi yang nak tunggu beli je la kan..hehe..tapi itu bukan cara Wenger.

Beliau juga berharap peminat tidak terlalu mengharap keajaiban akan berlaku pada Januari ini bagi melihat pemain baru dibawa masuk. Kalau terjadi kecederaan kepada pemain lain macam mana?? Wenger juga menegaskan dia akan menggunakan pemain sedia ada bagi mengharungi baki kempen musim ini. Wah, nampak yakin benar Wenger dengan pasukan sedia ada sekarang. Mungkin kita akan melihat hasilnya penghujun musim ini. Mana la tau kan.

Ini berkait juga keadaan pemain utama yang sudah sembuh seperti Van Persi, Fabregas serta Diaby. So Wenger rasa tidak perlu lagi untuk menambah pemain, ye la kalau tambah pemain baru, pemain sedia ada nak campak mana kan?? Sekarang pun dah kecoh Bendtner tak dapat main, Walcott tak dapat main, Denilson lagi..So aku rasa patut la Wenger tak beli sebab tak semestinya pemain baru yang dibeli akan beraksi dengan baik.

Vermaelen juga akan kembali penghujung Januari nanti, so kalau Vermaelen dah ok akan kukuh la pertahanan kita dengan pemain sedia ada seperti Djourou, Koscielny, Squillaci yang sudah terbukti musim ini dapat beraksi baik. Tapi selalunya peminat akan salahkan Wenger kalau Arsenal kalah dan suruh beli pemain baru?? Jenuh la mcm nie, kalah ja beli baru..beli baru ja kalah,hehe..so aku rasa harap bersabar la ye peminat semua. Harap musim nie musim Arsenal!!Adios!!!

Trust Wenger!!!

Comments

  1. adush.....beli la sorang keeper wenger....aq rse itu pnting la untk jge gwng terbaik kte....

    ReplyDelete
  2. takpa...kita tunggu dan lihat ja la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil