Undian Peringkat Pusingan Kalah Mati Liga Juara-Juara-Arsenal bertemu Barca lagi?



Sudah pasti.Arsenal akan bertemu Barcelona pada peringkat kedua Liga Juara-Juara.Semestinya perlawanan ini dijangka paling hangat bagi pusingan ini.Ini bermakna,kapten Arsenal,Cesc Fabregas sekali lagi balik kampung setelah diundi bertemu Barcelona.

Jangkaan terhadap perlawanan ini?Kita mungkin mendapat kembali rentak kita sekiranya skuad sedia ada tidak mengalami masalah dan Wenger mungkin berfikir dua kali untuk perpindahan Januari ini kerana perlu membaiki skuad yg sedia ada.



Ramsey juga akan kembali Januari nanti dan Vermaelen dijangka pulih.Kita berharap Arsenal tidak mempunyai sebarang masalah mengenai kecederaan ketika bertemu Barcelona.Apa yg kita perlukan ialah seorang penggempur yg benar-benar berbisa selain Van Persie dan Chamakh.

Sekiranya Arsenal menang,kita berharap kemenangan itu dapat mengekalkan Fabregas dan sekiranya kalah,kita belum dapat tahu apa yang akan terjadi.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil