Squillaci Hampakan Gunners!

Arsenal gagal mengulangi kemenangan 3 hari lalu apabila dipaksa seri menentang Wigan yang bermain 10 orang selepas Nzogbia dibuang padang. Kecewa aku dengan Wenger, membuat rotation skuad dengan begitu besar dan hanya mengekalkan Koscielny, Sagna dan Fabianski.

Berikut barisan yang diturunkan Wenger:

Arsenal Team XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Eboue
Rosicky---Diaby---Denilson---Arshavin
Bendtner---Chamakh

Arsenal ketinggalan diawal permaianan apabila Ben Watson menyempurnakan penalti selepas Nzogbia menjatuhkan diri dalam kotak penalti. Pengadil telah buat keputusan yang silap semalam.

Arsenal meneruskan asakan dipenghujung separuh masa pertama, kembali menyamakan kedudukan selepas Arshavin menyudahkan bola muntah dari dakapan Al-Habsi dengan sepakan gunting yang cantik. Kemudian Arsenal mendahului 2minit sebelum masa tamat dengan kali nie Bendtner bijak melepasi benteng Wigan sebelum merembat melepasi penjaga gol. Tamat separuh masa pertama, kita mendahului 2-1.

Wigan bermain 10 org pemain selepas Nzogbia di perintah keluar padang selepas berlaku sedikit accident dengan Wilshere. Tetapi Arsenal gagal mengambil kesempatan tersebut. Ketika kita berkira2 nak rapat kedudukan dengan pendahulu, Squillaci mengecewakan seluruh fan Arsenal apabila menanduk masuk kegawang sendiri...aku tak tau nak cakap apa dah, menang dengan Chelsea tapi seri dengan Wigan. Wenger perlu bertanggungjawab tuk game kali nie dan jangan salahkan pemain sebeb Wenger yang membuat rombakan besar tuk game kali nie. Aku rasa macam kalah je walaupun seri, patut kita menang game nie tapi pa pun kena terima kenyataan. Adios!!

Keep It Up Gunners!!

Comments

  1. wenger ykin sgt boleh menang lah tu..rmi sgt player tkar..huhu

    ReplyDelete
  2. apelah wenger ni...aku dh berkira2 kita jadi pendahulu epl..rugi btol la strategi wenger kali ni....huh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil