10 December 2010

Santai Gunners: Isteri Pemain Arsenal Buat Kebajikan!

Entry kali nie just santai2 sambil minum kopi, kita relex dengan perkembangan di luar padang pulak. Aku just nak highlight pasal isteri-isteri pemain Arsenal. Di ketuai oleh isteri Robin van Persi, iaitu Bouchra van Persi beliau telah menubuhkan badan kebajikan bagi kerja-kerja amal yang di beri nama ABC Club. Nama ABC terhasil apabila Bouchra menubuhkan kelab tersebut bersama-sama teman wanita Vermaelen iaitu Aimee van Ommen dan teman wanita Fabregas iaitu Carla Dona Garcia.

Mereka baru ini membuat malam amal di Hotel Mewah Claridge, di London. Ini merupakan kali pertama kelab ABC membuat malam amal yang dihadiri oleh pemain Arsenal. Mereka berjaya mengutip 180,000 Pound pada malam tersebut dengan dana tersebut bakal disalurkan kepada anak-anak yatim di Zambia bagi membiayai projek pembangunan rumah, kemudahan perubatan serta membangunkan bangunan sekolah.

Kerja amal ini sangat baik untuk mereka memulakan langkah kearah kebajikan. Bouchra juga berkata kerja mereka bertambah mudah apabila suaminya telah dikenali diseluruh dunia, so beliau berharap ABC Club nie akan terus berdiri teguh bagi membantu mangsa kemiskinan di seluruh dunia. Aku rasa bagus la diorang buat kerja macam nie dari duk perabih duit laki diorang je kan.

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan