Samir Magic Nasri Beri Kemenangan Kepada Gunners!

Samir Nasri!!! Itu la nama yang terpacul pada setiap mulut penyokong Arsenal apabila beliau menewaskan Mark Schwarzer untuk kali kedua. Aksi magik Nasri memberi kemenangan bergaya kepada Arsenal di Emirates. Cukup untuk aku katakan yang Nasri merupakan pemain terbaik Arsenal pada ketika ini. Syabas Nasri!

Kita kembali mengecapi kemenangan di halaman sendiri selepas kalah dua kali berturut-turut kepada Newcastle dan Spurs di Emirates. Keputusan malam ini hasil persembahan sepasukan yang mantap dari setiap pemain. Sebelum aku mengulas lebih lanjut persembahan kita pada malam ini, jum kita tengok senarai pemain yang beraksi pada malam ini:

Arsenal's Team XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Rosicky---Song---Wilshere
Nasri---Chamakh---Arshavin


Subs: Szczesny, Djourou, Gibbs, Denilson, Walcott, Bendtner, RvPersi.


Wenger mengekalkan skuad yang menang keatas Aston Villa seminggu yang lalu. Skuad kali ini dilihat memiliki tempoh rehat yang cukup selepas kebanyakkan pemain telah direhatkan ketika aksi Carling Cup baru-baru ini. Hanya Rosicky dan Wilshere yang bermain menentang Wigan tempoh hari.
Ok sebelum sepak mula pemainan, Arsenal yang diketuai oleh Rosicky berazam untuk menang game kali ini. Di awal pemainan kita bermain cukup baik sekali dengan beberapa peluang yang hadir terutama dari Arshavin yang berhadapan dengan Schwarzer gagal merembat masuk bola ketika beliau tidak dikawal. Kemudian Nasri juga memiliki peluang awal untuk menjaringkan gol tetapi gagal menolak kemas bola hantaran dari Arshavin.

Seminit kemudian Nasri membalas balik dengan lebih sempurna. Kali ini beliau yang mendapat bola sekali lagi dari Arshavin bijak mengelecek 3 pertahanan Fulham dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Schwarzer yang cemerlang di awal permainan. Gol pada minit ke-14 itu memberi kelebihan kepada kita.

Fulham kemudian meningkatkan permainan mereka dengan mengatur beberapa gerakan kearah pintu gol kita. Beberapa peluang juga dimiliki oleh mereka, tetapi peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-30. Koscielny yang hilang fokus selepas berlanggar dengan Squillaci membuka ruang kepada Demsey yang menghidu kelemahan tersebut dengan melorong cantek bola kepada Kamara sebelum beliau bijak menewaskan Fabianski dengan gol penyamaan 1-1.

Kemudian kita kembali mengatur gerakan dengan peluang terbaik hadir apabila gerakan cantek dari Nasri dan Sagna berjaya membuka ruang kepada Chamakh yang berjaya menanduk bola dengan baik tetapi sayang bola tepat ke dakapan Schwarzer. Sebelum itu kita membuat pertukaran selepas Koscielny mengalami kecederaan, Djourou dibawa masuk. Baru pertahanan kita bertambah mantap.

Di separuh masa kedua, Wenger masih mengekalkan skuad sedia. Kita bermula baik, tidak seperti game2 sebelum ini yang banyak memberi ruang kepada pihak lawan di separuh masa kedua. Melihat Arsenal tidak mampu memberi ancaman dengan hanya bergantung kepada Chamakh, Wenger membuat pertukaran taktikal kali ini dengan mengunakan dua penyerang. RvPersi segera dimasukan menggantikan Rosicky.


Kemasukan beliau kemudian disusuli oleh kemasukan Walcott yang beraksi dibahagian kanan mengantikan Wilshere. Nasri di tolak untuk bermain dibahagian tengah. Ternyata perubahan ini memberi sedikit kelainan dari segi serangan kita.

Akhirnya gol kemenangan berjaya dicari. Hantaran pendek Arsenal dalam kawasan penalti Fulham memberi kelebihan kepada kita. RvPersi yang menerima hantaran dari Arshavin bijak membuka ruang kepada Nasri yang berlari pantas menerima bola sebelum mengelecek pertahanan dan pengaja gol Fulham sebelum membuat pusingan U dengan rembatan padu ke dalam gol. Gol kedua Nasri ini cukup untuk membawa kemenangan kepada kita.


Dengan kemenangan ini, kita berjaya memintas Manchester United yang kurang satu perlawanan selepas perlawanan mereka di tangguhkan kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan di Manchester. So kini kita memimpin liga dengan kelebihan 2 mata. Nasib Chelsea terus malang apabila sekadar seri dengan Everton. So aku rasa cukup dulu setakat ini, mari kita raih keputusan ini dengan senang hati. Tahniah Gunners, 2-1 kita menang mengatasi jiran London iaitu Fulham. Adios!!!

In Wenger We Trust!!!


Arsenal v Fulham
Uploaded by wcphenix. - Check out more sports and extreme sports videos.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil