08 December 2010

Preview UEFA CL Final Match: Arsenal v Partizan Belgrade at Emirates Stadium

Preview kali ini aku nak tekankan mengenai nasib Arsenal dalam Champion League..Malam ini merupakan penentuan kita sama ada akan berjaya ke pusingan seterusnya ataupun sekadar beraksi di UEFA League saja?? Malam ini kita tidak ada pilihan lain melainkan mengalahkan Partizan dan berharap Shaktar Donetsk mengalahkan Braga untuk kita meneruskan aksi di pusingan seterusnya.

Kita sepatutnya tidak menghadapi sebarang masalah besar sekiranya kita tidak tewas kepada Braga pada perlawanan sebelum ini. Tetapi kita gagal untuk meletakkan pasukan kita dalam posisi yang selesa. So malam ini kita terpaksa berkerja keras bagi memastikan 3 mata penuh dalam genggaman kita. Braga juga mampu melayakkan diri sekiranya menang dengan jaringan yang besar mengatasi Shaktar Donetsk.

Wenger begitu yakin yang pasukan kita akan terus layak buat kali ke-14 berturut-turut dalam Champion League, ini berdasarkan prestasi semasa Arsenal ketika ini. Arsenal dilihat mampu meneruskan aksi cemerlang walaupun tanpa kapten kita dengan kini bergantung kepada persembahan mantap dari Samir Nasri dan Marouane Chamakh. Tetapi Wenger dilihat bakal membuat beberapa perubahan bagi mengelak krisis kecederaan terus menimpa kem kita.

Berita baik yang aku terima, Koscielny di katakan telah sembuh sepenuhnya selepas mengalami kecederaan pada rahang beliau akibat pelanggaran dengan Squillaci ketika menentang Fulham tempoh hari. Djourou pula mengalami sedikit kecederaan dan bakal direhatkan semula tetapi hanya kecederaan kecil dan Wenger mengambil langkah berjaga-jaga. Sagna dan Clichy pula dilihat akan beraksi pada malam ini.

Prestasi Arsenal juga meningkat selepas beberapa pemain telah menunjukkan peningkatan yang baik sejak akhir2 ini. Arshavin merupakan antara pemain yang telah menyerlah dalam perlawanan yang lepas dengan menjaringkan gol pembukaan menentang Aston Villa dan beraksi baik ketika menentang Fulham baru2 ini. Rosicky juga dilihat akan diturunkan Wenger pada malam ini dengan Song akan mengekalkan tempat beliau walaupun prestasi beliau agak biasa ketika ini. Denilson dilihat akan diberi peluang untuk beraksi memandangkan Wilshere berkemungkinan akan direhatkan.

Pemain terbaik bulan November kita iaitu Samir Nasri dilihat bakal direhatkan dan akan diletakkan dibangku simpanan, berkemungkinan Walcott akan diberi peluang untuk kembali memberi aksi terbaik beliau seperti diawal musim yang lalu. Tetapi aku berharap Nasri akan beraksi kerana ketika ini prestasi beliau sedang memuncak dan pertahanan lawan sukar membendung aksi beliau ketika ini.

Wenger juga dilihat akan menggunakan khidmat RvPersi sekiranya keadaan beliau cergas sepenuhnya. Wenger masih ragu-ragu untuk menggunakan khidmat beliau memandangkan beliau memerlukan masa untuk berada pada tahap terbaik beliau sebelum ini. Aku melihat RvPersi sedikit sebanyak sudah kembali ke prestasi terbaik beliau cuma perlu lebih perlawanan pada ketika ini.

Chamakh sudah semestinya perlu direhatkan selepas beliau telah memberi aksi terbaik sepanjang bersama Arsenal. Bendtner juga perlu diberi peluang selepas beliau kini sudah kembali cergas sepenuhnya. Bagi aku Bendtner merupakan pemain penting kita, cuma ketika ini kita mempunyai ramai pilihan dibarisan hadapan tidak seperti musim lepas.

So aku rasa ini merupakan barisan terbaik yang bakal Wenger letakkan untuk memberi kemenangan kepada Arsenal :

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Rosicky---Song---Denilson
Walcott---RvPersi---Arshavin

Rekod kita di tempat sendiri sangat cemerlang, tidak pernah kalah kepada mana-mana pasukan dalam benua Eropah sejak 2003 dengan 36 perlawanan ditempat sendiri yang telah dilalui. Rekod kita dengan Partizan juga sangat baik dengan tidak pernah kalah kepada mereka dan perlawanan terakhir kita menang 3-1 di Partizan. So malam ini aku harap sangat kita akan terus layak ke pusingan seterusnya. Come on Gunners, you can do it!!!

So malam ini game akan berlangsung jam 4 pagi kemungkinan akan berlangsung di Astro. Tetapi aku tak da info channel mana. So malam ini aku akan terus berjaga untuk bersama melihat nasib Arsenal. Walau apa pun yang terjadi, aku tetap terus bersama Arsenal. So mari kita bersama-sama menyaksikan perlawanan penentuan kita musim ini. Samada kita berjaya lakukan ataupun tidak...semua bergantung pada perlawanan malam ini. Adios!!!!

p/s: aku yakin benar, aku kunci Arsenal menang 2-0 malam ini. Kalu lebih lagi bagus!!!horah!!

Go Gunners Go!!!!

3 comments:

  1. arsenal kena menang pagi esok, 3 kelab inggeris dah confirm tunggu arsenal satu lagi

    ReplyDelete
  2. aku pasti arsenal menang..!

    ReplyDelete
  3. awegooner..wehhh lama tak nmpak..
    Arsenal still da besttt!

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan