26 December 2010

Preview Match 18: Arsenal v Chelsea at Emirates Stadium

Hari ini bakal menemukan gergasi EPL antara Gunners dengan The Blues yang bakal berlangsung di Emirates Stadium. Pertemuan kedua musim ini sememangnya dinantikan oleh penyokong kedua belah pihak, Arsenal bakal membalas dendam dan memadamkan rekod kemenangan berturut2 Chelsea menentang Arsenal sebelum nie. Chelsea pula dilihat mahu meneruskan aksi baik menentang Arsenal.

Tetapi perlawanan kali nie bakal berbeza dengan kebanyakkan pemain Arsenal yang cedera telah kembali bagi memberi kekuatan penuh kepada Arsenal. Chamakh bakal direhatkan walaupun beliau mahu membuktikan kemampuan beliau kali nie. Robin van Persi bakal diletakkan sebagai penyerang utama kali nie.

Chamakh yang bermain setiap perlawanan sepanjang kempen kali nie, akan direhatkan Wenger memandangka aksi beliau ketika ini agak menurun. Wenger memberi alasan faktor keletihan membataskan aksi Chamakh sejak kebelakangan nie. Mungkin dia tak besa lagi dengan kempen pertama EPL. So agak bagus kalau Chamakh direhatkan dan memberi peluang kepada pemain lain.

Chamakh baru nie melaungkan kata2 semangat apabila mencabar rakan pasukan untuk membuktikan keupayaan dalam perlawanan besar terutama kali nie menentang pasukan jiran London nie. Beliau juga mahu menjadi sebagus Rooney dan Drogba di EPL yang memberi impak yang besar kepada pasukan. Tetapi selepas kenyataan dari Wenger, ini bermakna Chamakh kemungkinan besar akan bermula dari bangku simpanan sahaja.

Robin van Persi yang kembali cergas selepas mendapat tempoh rehat yang cukup minggu lalu selepas perlawanan menentang Stoke telah dibatalkan. Kembalinya Persi dalam skuad kali nie cukup tepat pada waktunya ketika Arsenal nampak kurang menyengat di barisan hadapan. Kali nie tentu Terry kecut perut nak halang asakan Persi, ditambah kembalinya kapten pasukan yang bakal memberi dimesi baru pada pasukan kali nie.

Arsenal bakal mendapat kembali Fabianski selaku penjaga gol utama, Squillaci dan Koscielny bakal ditugaskan menahan dan mengekang asakan serangan Chelsea terutamanya dari Didier Drogba. Sagna dan Clichy dilihat akan membantu barisan pertahanan bagi memastikan Arsenal selesa bertahan. Dengan kembalinya Fabregas, beliau akan mengetuai kembali barisan tengah bersama Song dan Wilshere. Di barisan serangan Robin van Persi akan bergandingan dengan Nasri dan Arshavin.

So barisan kemungkinan pada malam ini adalah seperti berikut :

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Fabregas---Song---Wilshere
Nasri---RvPersi---Arshavin

Barisan kali nie dilihat mampu menjelmakan sesuatu bagi memusnahkan harapan Chelsea. Tetapi kita juga patut berhati-hati memandangkan Chelsea telah menerima kembali khidmat Drogba yang telah menjaringkan 13 gol dalam 13 pertemuan dengan Arsenal, wahhh..bagus rekod mamat nie tapi malam nie aku rasa rekod tersebut akan terhenti begitu saja. Lampard dan Bosingwa juga telah kembali, so kekuatan Chelsea semakin ke tahap terbaik mereka. Perlawanan kali juga akan menyemarakan kembali permusuhan dengan Ashley Cole, bekas pemain akademik Arsenal nie bakal berhadapan dengan sorakan penyokong tuan rumah yang sudah semestinya akan boo beliau sepanjang perlawanan.

So malam nie perlawanan akan di adili oleh Mark Clattenburg, pengadil berpengalaman EPL. Perlawanan akan berlangsung jam 4 pagi nie waktu Malaysia. Sekiranya menang perlawanan ini kita akan terus merapatkan jurang dengan Manchester United dan kembali memintas Manchester City yang kedua-dua team menang perlawanan semalam. Game malam nie juga akan ditayang di Astro ESPN 831 dan mcm biasa la, tido dulu then bangun tahjud pastu overnite sampai subuh. So malam nie aku predict Arsenal menang 2-1. Adios

Go Arsenal Go!!!

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan