12 December 2010

Preview Match 17: Manchester United vs Arsenal at Old Trafford Stadium

Salam sumer Gooner Semalaysia, hari ini ataupun pagi nanti Arsenal akan berkunjung ke Old Trafford untuk bertemu musuh tradisi yang tercetus sekian lama dibawah regim Arsene Wenger dan Alex Ferguson. Sudah semestinya perlawanan pagi nanti akan menjanjikan aksi penuh debaran untuk kedua-dua pasukan dan kepada para penyokong setia pasukan masing-masing.

Arsenal yang turun buat kali ke-17 untuk musim ini ingin membuktikan kemampuan pasukan yang dikatakan telah matang serta mempunyai ramuan untuk bergelar juara selepas hampir 6 tahun tidak mendapat sebarang piala. Jadi perlawanan kali ini bakal memberi banyak pengertian kepada kedua-dua pasukan. Adakan Arsenal mampu menewaskan musuh tradisi kita atau masih sama seperti musim sebelum ini?? Atau adakah Red Devil akan terus memperbudakkan keupayaan The Gunners seperti kata Evra??

Kini Wenger yakin pasukannya mampu mengalahkan musuh lama kita kali ini. Wenger hari ini meminta anak buahnya mengalahkan Manchester United dan berkata Arsenal akan menjadi juara pada penghujung musim nanti. Wenger melihat anak buahnya kini sudah banyak belajar dari kesilapan lalu, musim ini mereka tampil dengan imej yang lebih menyakinkan apabila Arsenal tidak lagi mudah dibuli dengan permainan fizikal. Ini kerana pemain Arsenal sudah mula bermain permainan fizikal dengan terjahan2 yang agak keras. Ini terbukti dengan 27 kad kuning serta 4 kad merah yang diperolehi Arsenal setakat ini.

Untuk musim ini Arsenal telah mencipta rekod baik ditempat lawan berbanding ditempat sendiri dan mahu meneruskan rentak cemerlang itu ketika kunjungan kali ini. Tidak ada bezanya perlawanan dengan pasukan lain cuma kali ini lebih kepada pasukan yang mencabar kejuaraan, so tekanan kali ini mungkin berbeza dari sebelum ini. Dari segi rekod defendsive ditempat lawan kita dilihat lebih baik dari bermain ditempat sendiri.

Sebelum sepak mula pagi nanti, aku dengar yang Fabianski mengalami kecederaan kaki dan bakal direhatkan. Dan nama pemain muda ini, iaitu Szczesny telah di highlight oleh akbar The Sun sebagai penganti Fabianski nanti. Adakan hanya gossip?? Sekiranya betul yang Fabianski cedera, Almunia yang telah cergas sepenuhnya sepatutnya bermain. Tetapi mungkin prestasi kini tidak menyebelahi Almunia, Wenger berkemungkinan meletakkan Szczesny sebagai penjaga gol yang bakal berhadapan rangkaian serangan yang bakal diketuai oleh Berbatov, Rooney, Nani serta Park Ji Sung. Tetapi aku berharap Fabianski akan terus menjaga gawang Arsenal.

Pertahanan kita pula dilihat tidak ada masalah untuk diturunkan selepas Squillaci, Djourou kini bebas dari kecederaan dan aku menjangkakan Wenger akan mengekalkan gandingan Squillaci dan Koscielny. Tetapi untuk game ini aku berharap Wenger menggunakan kelebihan Djourou untuk mengawal asakan fizikal dari Rooney. Rekod Rooney menentang kita cukup cemerlang, musim lepas saja beliau berjaya menjaringkan gol semasa bertemu Arsenal di Emirates dan di Old Trafford. Tetapi prestasi Squillaci sepanjang musim pertama beliau bersama Arsenal dilihat memiliki ramuan untuk mengagalkan asakan Red Devil.

Sagna yang berada dalam prestasi yang agak baik untuk musim ini akan terus di pertanggungjawabkan mengawal Park Ji Sung serta Evra. Clichy pula perlu memperbaiki permainan jika mahu mengawal asakan dari Nani. Musim ini barisan pertahanan kita ada sedikit improvement berbanding musim lepas dan jika kita mampu mengekalkan prestasi terbaik dan bermain sedikit fizikal, tidak mustahil kita mampu mengekang asakan Manchester United.

Di barisan tengah Wenger kini dalam dilema, Walcott yang menjari hero semasa mengalahkan Partizan Belgrade baru ini menegaskan yang beliau mahu bermain sebegai kesebelasan utama. Tetapi prestasi Nasri ketika ini telah menghalang Walcott dari terus bermain dan peluang beliau hanya sebagai super-sub. Prestasi Nasri cukup cemerlang setakat ini, menjadi hero untuk beberapa perlawanan untuk Arsenal musim ini, menjaringkan gol dari kebiasaannya, menjadi pemain yang mempengaruhi corak permainan Arsenal. So aku rasa masih tidak ada tempat untuk Walcott bagi game pagi ini selain menjadi super-sub bila diperlukan.

Alex Song pula dijangka akan dikekal selain Wilshere dan Rosicky akan terus mengemudi barisan tengah. Tetapi bergantung kepada taktikal yang bakal Wenger gunakan bagi menghadapi Red Devil nanti. Sekiranya 4-4-2 yang digunakan, berkemungkinan barisan tengah akan dikemudi oleh Song dan Wilshere. Tetapi aku yakin yang Wenger lebih kepada 4-3-3 semasa bermain ditempat lawan. Prestasi Arshavin yang agak turun naik musim ini akan terus diberi peluang bagi membuktikan keupayaan beliau. Musim lepas beliau berjaya menjaringkan gol di Old Trafford bagi memberi gol pendahuluan kepada Arsenal sebelum kita tewas kepada Red Devil. Mungkin kali ini Arshavin akan membuktikannya sekali lagi??

Barisan depan bakal menyaksikan Chamakh akan terus dikekalkan, aksi beliau ketika ini agak tidak konsisten tetapi sebagai target-man, beliau sangat berguna cuma perlu bantuan dari pemain lain untuk membuka ruang kepada beliau untuk menjaringkan gol. Sudah semestinya Vidic dan Ferdinand tidak akan memberi ruang kepada Chamakh, tetapi sekiranya RvPersi digandingkan dengan Chamakh, aku yakin yang Arsenal dilihat akan lebih berbahaya dengan peranan Persi ketika ini sebagai pemain sokongan dibelakang Chamakh.

So ini merupakan barisan pemain yang bakal Wenger turunkan pada awal pagi nanti, berdasarkan prestasi semasa ArsenalMalaysia menjangkakan yang barisan utama Arsenal seperti berikut:

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Rosicky---Song---Wilshere
Nasri---Chamakh---Arshavin


Kali terakhir Arsenal menang di Old Trafford pada 2006, gol dari Aderbayor telah memberi 3 mata kepada Arsenal dengan kemenangan 1-0. Tetapi kita gagal memenangi piala untuk musim tersebut. So kali ini tidak bermakna walaupun kita mampu mengalahkan Manchester kalau kita tidak mampu memenangi piala untuk musim ini. So pagi nanti, Arsenal perlu mengalahkan musuh tradisi kita ini walau dengan apa cara sekalipun dan selepas itu perlu konsistent untuk mengharungi baki perlawanan yang lain. Sebarang kekalahan akan membawa padah kepada Arsenal.

So harap anak muda Wenger kali ini akan lebih matang dan lebih berkesan di depan gol lawan. Pertahanan lebih mantop bagi menahan asakan Rooney & Co. Semangat penyokong setia Arsenal sangat membara ketika ini untuk melihat pasukan kesayangan kita ini menewaskan musuh lama kita ini. Tetapi kita juga perlu bersedia menahan kutukan dari penyokong Red Devil sekiranya kita tewas pagi nanti. Walau apa pun keputusan pagi nanti, menang atau kalah kita tetap penyokong setia Arsenal sampai bila-bila. Menang akan mengekalkan kita sebagai pendahulu dan terus memberi kelebihan, kalah tidak bermakna kita terkeluar dari landasan kejuaraan.

So pagi nanti moh kita saksikan game of the season antara Manchester United v Arsenal di Old Trafford jam 4 pagi waktu Malaysia yang bakal berlangsung di Astro ESPN812 dan ESPN832 in HD. Korang baik tido dulu pastu bangun semula, boleh buat qiamullail sebelum game..dapat gak pahala kan..hehe..so kepada sumer Gooners, ayuh kita bagi sokongan dan apapun keputusan, kita terima dengan baik. So Keep It Up!!! Cheer My Gooners Friend!!!Adios!

Updates 1: Lupa plak aku nak predict, kali nie aku rasa Arsenal mampu menang..brapa?? Susah nak cakap kali nie tapi aku yakin betul, aku kunci predict aku yang Arsenal menang 2-1. Hoyyee!

We Can Do It!!! Go Gunners Go!!!

4 comments:

  1. bro...aku raser line up nie lg sesuai

    ..................fabiaski...................

    ......sagna......sqlaci.....kocny....clichy...

    ..................song......willshare........

    .......................ashravin................

    ...wallcot..................................nasri....

    ...........................carkhmakh................




    aku predict 2-0..arsenal the besttt

    ReplyDelete
  2. Line up mlm nie msti 4-3-3 gak..Arshavin takkan main tengah or back-up striker, dia msti main kiri..Walcott kompom simpanan lagi..Nasri on form kot..

    Tapi pa pun player yang Wenger buh, aku nak tgk kita menang ja..tu ja..So keep it up Gunners!!

    ReplyDelete
  3. saya penyokong Liverpool...
    tapi saya kali ini hope arsenal menang ....
    gogogog arsenal....

    ReplyDelete
  4. Skuad matang pekebendanya. hingusan tu buat la cara hingusan.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan