03 December 2010

Preview Match 16: Arsenal vs Fulham at Emirates Stadium

Salam semua Gooners Semalaysia, hari nie pasukan kesayangan kita akan sekali lagi turun untuk perlawanan ke-16 menentang jiran tetangga kita di London iaitu Fulham. Tertemuan kali ini sangat penting bagi menguji kebolehan skuad kita yang mahu membuktikan yang kita mampu menang di Emirates. Emirates masih lagi bukan kubu kuat kita sejak kita melangkah masuk ke sini pada tahun 2006.

Fulham yang masih bergelut mencari rentak seperti musim sebelum ini, berharap akan mampu mengulangi aksi pasukan lain yang berjaya mengalahkan kita di Emirates. Jadi tugas kita kali ini sangat genting tetapi melihat kepada skuad yang kita miliki sekarang, tidak mustahil kita mampu memenangi perlawanan malam ini.

Wenger dalam pada itu berkata yang persembahan cemerlang ditempat lawan memberi kelebihan kepada kedudukan kita pada masa ini. Cuma perlu meningkatkan aksi ditempat sendiri sahaja bagi mengukuhkan kedudukan dalam perebutan Liga untuk kali ini. Adakah kita perlu tukar formasi kepada 4-4-2 dengan menggunakan penyerang kembar dihadapan mengubah formasi sekarang yang menggunakan lone strike??Ramai yang berpendapat Wenger kembali ke formasi lama yang nampak lebih mengancam.

Malam nie aku yakin yang Wenger akan menurunkan skuad terbaik beliau walaupun tanpa kelibat si kapten, Fabregas. Rosicky dilihat akan terus memegang lilitan kapten sepanjang ketiadaan Fabregas. Perlawanan malam ini sangat penting dengan menjadi medan ujian kepada kita untuk menempuh aksi terakhir dalam UEFA Champion League menentang Partizan di Emirates, dimana kita wajib menang perlawanan tersebut untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Okeh, malam nie aku yakin yang Wenger akan terus mengekalkan Fabianski di gawang kita. Aksi terbaik beliau ketika ini mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai pemain pilihan utama Wenger. Koscielny dan Squillaci dilihat akan kembali digandingkan walaupun terdapat sedikit kecederaan yang dialami Squillaci. Aksi tidak konsisten Koscielny sedikit merisaukan aku, tetapi aku harap kali nie dia boleh beraksi dengan baik.

Clichy akan kembali di bahagian kiri bagi bagi mengawal aksi Andy Johnson dan Gera yang agak lincah. Aksi Clichy sejak dua menjak nie agak kurang konsisten, elok kalau Gibbs terus diberi peluang kerana aksi beliau bertambah baik sekarang nie. Sagna semestinya akan kembali berasksi selepas direhatkan baru ini. Kedudukan Sagna dalam barisan pertahanan kita sangat kukuh buat masa sekarang dengan aksi yang baik ditunjukkan oleh beliau.

Arshavin yang baru meraihkan kejayaan negara beliau, Russia yang mendapat hak penganjuran World Cup 2018 berharap akan terus memberi aksi terbaik beliau seperti aksi menentang Aston Villa baru-baru ini. Musim lepas Arshavin menyumbat gol ketika menentang Fulham di Emirates selepas kesilapan dari Mark Schwarzer. Kali ini sudah pasti beliau akan membuktikan sekali lagi menentang Fulham.

Dibarisan tengah kita, Rosicky sekali lagi akan mengetuai pasukan kita dengan akan dibantu oleh Wilshere serta Song. Rosicky sehingga kini berjaya menjadi pengganti Fabregas dengan baik, Wilshere pula memberi dimensi baru kepada kita dalam mengatur serangan ke kubu lawan. Pertahanan Fulham kali ini mungkin akan dipaksa bekerja keras bagi menahan asakan kita pada malam ini. Song seperti biasa akan melindungi pertahanan dan memberi umpanan kepada barisan depan.

Di barisan depan kita, tidak ada orang lain lagi yang akan memegang peranan penyerang ketika ini. Chamakah akan terus dikekalkan Wenger selepas permulaan cemerlang beliau bersama The Gunners dengan 11 gol setakat ini dalam semua pertandingan. Tetapi beliau berharap akan menambah jaringan lagi dengan target musim ini beliau mahu sekurang-kurangnya 20 gol. So kita nantikan janji beliau bersama kita untuk musim ini. Bagi aku Chamakh dah memberi yang terbaik kepada kita, cuma kosistensi perlu dalam permainan beliau.

Sebelum aku terlupa, Nasri disahkan cergas sepenuhnya bagi menentang Fulham. So tempat beliau tidak akan diganti oleh Walcott. Persi pula dilihat akan bermula dibangku simpanan selepas beliau berjaya beraksi selama 70 minit ketika Carling Cup baru-baru ini. So ini merupakan barisan yang mungkin diturunkan malam ini :

ArsenalMalaysia's Predict XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Rosicky---Song---Wilshere
Nasri---Chamakh---Arshavin

Kepada Gooners semua, game malam ini akan berlangsung jam 11.00 malam dan akan berlangsung di Astro 813. Anda juga boleh mengikuti perkembangan di Facebook terutama di Arsenal Malaysia punya page dan Kelab Penyokong Arsenal Tegar. So kepada yang boleh luangkan masa malam ini, sila la join group Arsenal Malaysia di TTDI Damansara untuk sama2 menyaksikan game ini. Kepada Warga Shah Alam, jum layan kat TTDI Jaya, Shah Alam. So Adios!!!!

p/s: ok malam nie aku nak predict, Arsenal 2-0!!

Go Gunners Go!!!


No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan