Pastikan minda anda betul,Fabregas.


Arsene Wenger menegaskan Cesc Fabregas tidak memiliki pemikiran yang betul selepas kecederaan yang menyelubunginya selama hampir setahun.
Kapten Arsenal itu telah mengalami tidak kurang dari LAPAN kecederaan sejak 12 bulan lepas.
LIMA dari kecederaan tersebut adalah masalah harmstring yang telah lama dilaluinya dan pengurus Gunners, Wenger mengakui semua kecederaan tersebut telah menyebabkan Cesc sentiasa berasa bimbang tercedera.
Wenger berkata "Ya, beliau kembali cergas kini kerana beliau telah berlatih selama dua minggu. Sejak dua atau tiga hari lepas, beliau nampak tajam.
"Ia sebenarnya lebih kepada halangan minda. Apabila beliau masuk, beliau memikirkan harmstringnya. Jadi kami perlu memastikan beliau melupakan masalah harmstringnya.
"Ia dapat diatasi dengan berlatih setiap hari. Dari segi fizikal, saya fikir beliau bersedia.
"Ketika ini cuaca sejuk menjadi satu masalah keranan apabila suhu menjadi begitu sejuk ia memberikan masalah untuk pemain yang masuk bermain pada baki 25 minit perlawanan kerana ia tidak mudah untuk mencari rentak perlawanan.
"Beliau seperti ada masalah mental – tapi nampaknya kini ia telah diatasi.
"Memang sukar untuk diatasi jika anda ada siri kecederaan. Anda hanya dapat mengatasi sepenuhnya dengan jaminan berulang.


Sumber:Wisel.com

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil