08 December 2010

Malam Gemilang Gunners!

Malam gemilang bagi Arsenal bila berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Dan lawan yang bakal kita tempuh adalah Barcelona, Real Madrid, Schalke ataupun Bayern Munich dalam undian pusingan kedua nanti. Ini kerana Arsenal hanya menjadi naib juara kumpulan H. Dan aku rasa tidak ada masalah kita menghadapi sesiapa sahaja sekiranya kita berada pada prestasi terbaik.So entry kali ni aku just nak kongsi gambar menarik sepanjang perlawanan awal pagi tadi menentang Partizal Belgrade di Emirates. Enjoy it!

Haaaaa...boleh pun ko sumbat gol. Mungkin itu yang Walcott cakap kepada Nasri. Gol ketiga Arsenal yang memastikan kita layak dengan selesa.

Denilson dengan gaya baru, mengingatkan kita kepada bekas rakan senegera beliau iaitu Gilberto Da Silva. Lagi hensem and ganaz bila Denilson botak macam nie. Baru A~

Gol permbukaan Arsenal. Nah rasakan sepakan padu aku. Tengok penjaga gol Partizan boleh save ke tak? RvPersi berjaya memberi gol awal kepada Arsenal.

Horahhh....I'm Back!! Give me more...Barcelona pun tak pe..hehe

Alamak..Kena balik. Cleo nie bila lawan Arsenal ja pandai plak sumbat gol. Silap2 Wenger beli dia musim depan nie...hehe

Aksi tidak mengecewakan dari super-sub Arsenal, Theo Walcott. Gol cantik Walcott memberi kelebihan semula kepada Arsenal.

Apa korang tengok2...Cepat sepak bola tuh. Masa tak banyak dah nie. Mungkin tu yang RvPersi cakap selepas Partizan menyamakan kedudukan 1-1.

Samir Nasri on form.....! Kali nie dia sumbat gol kedua belas (12) tuk musim nie. Gol yang terbaik gak nie..Magic pun ada..Nasri memang tengah mengganaz sekarang. Manchester next!..haha
Arhhh..Gibbs cedera plak, kaki dia terseliuh and tengok agak teruk gak. Aku rasa mau injurd panjang lagi mamat nie. Apa la nasib dia kan. Hope Arsenal cari pengganti dia tuk back up Clichy. Sagna plak kena kad merah masa nak abis game.

So lepas nie lets pray yang Gunners akan dapat laluan agak mudah. Jumpa Schalke pun ok gak..hehe..pa pun pasukan yang kita akan jumpa, aku rasa tak da alasan lagi untuk kita tak boleh buktikan kehebatan kita. But paling penting Isnin depan, Manchester United perlu ditewaskan.!! Adios!!!

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan