Harimau Malaya Juara!!!!

Tahniah aku ucapkan kepada anak buah Rajagopal, walaupun tewas perlawanan di Stadium Bung Karno tapi kita masih mampu mengekalkan kemenangan 3-0 di Bukit Jalil. Jaringan Safee Sali membunuh semangat melawan Indonesia yang sangat mahukan kejayaan di kandang sendiri. Aku cukup berbangga dengan anak buah Rajagopal nie terutama penjaga gol Khairul Fahmi yang bertindak dengan cemerlang dengan aksi penyelamat yang konsisten terutama berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari kapten Indonesia.

Tak sia-sia usaha kita sebelum nie berpenat lelah, bekorban wang ringgit ke Stadium Bukit Jalil dan hasilnya kita dapat rasakan hari ini. Dan esok seluruh Malaysia mendapat cuti peristiwa sempena kemenangan pertama Malaysia dalam AFF Suzuki Cup nie. Tapi yang tak best aku kena bereskan keje rini, sok dh tak bleh dh nak buat keje... So kita la Juara Asian!! Kita mampu menggegar Asia pula lepas nie...Go Malaysia Go!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil