27 December 2010

Gunners Mengganas Tewaskan Chelsea!

Akhirnya penantian sejak 2008 terjawab pagi tadi apabila Arsenal berjaya mengalahkan Chelsea sekaligus membuka kembali jurang mata dan kembali mencabar kejuaraan bagi musim ini. Wenger kali nie membuat percaturan yang sangat bijak dengan memberi peluang kepada Walcott, Robin van Persi serta Djourou. Ternyata mereka tidak menghampakan Arsenal.

Berikut merupakan barisan terbaik Arsenal pagi tadi :

Arsenal Team XI

Fabianski
Sagna---Djourou---Koscielny---Clichy
Fabregas---Song---Wilshere
Walcott---RvPersi---Nasri

Arsenal membuat sedikit perubahan kali nie dengan Squillaci direhatkan serta Arshavin dan Chamakh diletakkan di bangku simpanan. Walcott diletakkan dalam kesebelasan utama kali nie dan ternyata membuahkan hasil. Ashley Cole dilihat sukar mengekang kepantasan beliau. RvPersi juga memberi banyak masalah kepada benteng Chelsea tetapi sering mempersiakan peluang.

Arsenal seperti biasa bermula baik, tempo permainan kali nie sangat pantas dan menghiburkan. Kedua-dua pasukan memberi persembahan yang sangat baik di separuh masa pertama. Tetapi 5 minit terakhir separuh masa pertama memberi tekanan kepada Chelsea apabila Arsenal menyerang bertali arus dan akhirnya berjaya mendahului melalui rembatan kaki kiri Alex Song pada minit ke-44.
Gol tersebut ternyata menaikkan semangat anak buat Wenger yang mahu menamatkan penantian sejak 2008 untuk menewaskan pasukan orang tua dari London nie. Permulaan baik ini memberi impak ketika kedua pasukan bersiap untuk masuk ke bilik persalinan. Arsenal selesa mendahului 1-0 di separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, Arsenal mengandakan asakan dengan meneruskan tempo permainan. Walcott mencuri tumpuan apabila sering kali memberi masalah kepada pertahanan Chelsea. Barisan pertahanan kita pula begitu berjaya mengawal dan merantai penyerang berbisa Chelsea, iaitu Didier Drogba dengan Djourou ditugaskan mengawal selia beliau.

Arsenal kemudia mengandakan kelebihan apabila kesilapan Essien yang cuba membantu pertahanan tertampan bola kebelakang sebelum di sambar Walcott yang berjaya melepasi kawalan Cole. Walcott yang dilihat mampu menjaringkan gol melihat Fabregas lebih selesa untuk menjaringkan gol sebelum beliau melorong bola kepada kapten untuk mudah menolak masuk untuk gol kedua. Gol pada minit ke-51 itu terus membakar semangat pasukan muda London ini.

Selang 2 minit Arsenal menambah jaringan, sekali lagi Walcott mencuri tumpuan dengan kali ini berjaya melepasi perangkap offside selepas menerima hantaran dari Fabregas yang berjaya melihat ruang sebelum menemui Walcott. Walcott tenang menewaskan Cech buat kali ke 3 dengan rembatan kencang ke penjuru pintu gol. Arsenal terus selesa menguasai permainan dan tempo kemudian diperlahankan sedikit bagi memberi ruang untuk mengawal permainan seperti biasa.

Aku rasa pemain terbaik pagi tadi patut diberi kepada Walcott yang beraksi sangat cemerlang. Beliau kemudian diganti oleh Diaby yang baru sembuh dari kecederaan lutut beliau. Sebelum itu Chelsea berjaya memperolehi gol saguhati buat Ancelotti apabila Ivanovic berjaya menanduk masuk gol pada minit ke-57.

Selepas itu Arsenal terus bertahan dan sekali sekala membuat counter attack ke kubu Chelsea. Tamat permainan, Arsenal akhirnya berjaya mengalahkan Chelsea dan berjaya mengekang aksi Drogba. So betul la jangkaan aku sebelum permainan yang Drogba tidak akan berjaya menjaringkan sebarang gol kali ini. Tetapi berjaya juga memberi impak dengan umpanan sepakan percuma beliau. Dengan kemengan tersebut kita kembali ke tangga ke-2 dengan dipisahkan hanya 2 mata dengan Manchester United. So cukup dulu, aku nak g keje dengan senang hati dah nie. So pasukan tua Chelsea tidak layak lagi untuk berbangga dengan rekod lampau,haha..Adios!!!

Update 1: Nie Highlight pagi tadi..Enjoy da game!


Proud To Be A Gooners!!!

3 comments:

  1. Arsenal mmg terbaik smlm..lagi2 1st half..laju giler main

    ReplyDelete
  2. sempoi!

    ancelotti pun cuba guna laser beam! ahahha
    http://bit.ly/hTOjNR

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan