13 December 2010

Gunners Gagal Di Old Trafford!

Arsenal masih gagal mengatasi The Red Devil di Old Trafford, gol dari Park Ji Sung memberi kemenangan tipis 1-0. Wenger ternyata hampa sekali lagi melihat Park menjadi pemusnah Arsenal untuk sekali lagi.

Berikut barisan yang diturunkan Wenger:

Arsenal's Team XI

Szczesny
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Rosicky---Song---Wilshere
Nasri---Chamakh---Arshavin


Arsenal beraksi baik pada separuh masa pertama tetapi Manchester bijak menggunakkan kesempatan mendahului pada minit ke-41. Mungkin nasib gol tersebut hasil sentuhan magic Park selepas bola terbias dari kaki Clichy memberi kelebihan sebelum tamat separuh masa pertama.

Ulasan separuh masa pertama, kemasukan Szczesny mengantikan Fabianski ternya mengejutkan tetapi beliau berjaya beraksi baik walaupun di awal permainan banyak membuat kesilapan. Pertahanan banyak improvement, Koscielny lebih tenang dan berjaya mengatasi Rooney sepanjang permainan. Nasri agak tenggelam dan Arshavin hilang punca untuk buat gerakkan, Wilshere dan Rosicky boleh la dikatakan berjaya, cuma kurang idea untuk membuka permainan. Chamakh masih gagal mencari jalan, mungkin Wenger patut turunkan Persi untuk support beliau.

Separuh masa kedua Arsenal dilihat kembali garang, membuat beberapa gerakan kearah pintu gol Manchester, tetapi seperti biasa la, Manchester hanya main bertahan dan sekali sekala bila ada peluang baru counter attack. Kita masih sukar menembusi benteng Manchester, kemudian Wenger membawa masuk Fabregas dan Persi mengantikan Rosicky dan Wilshere.

Kemasukan Persi banyak membantu serangan, dan Persi hampir saja menjaringkan gol apabila peluang pertama yang dapat kepada beliau gagal disudahkan. Kemasukan Fabregas sungguh mengecewakan bagi aku, hantaran Cesc hancur, kelaut..aku rasa baik simpan dulu la Fabregas bagi cergas sepenuhnya baru bagi main. Kemudian Wenger memasukan pemain lincah kita iaitu Walcott, kemasukkan beliau berjaya memberi impak tetapi Manchester bijak berkubu dihalaman sendiri.

So sehingga tamat permainan, Arsenal gagal mencari sekurang-kurangnya satu gol. Gol rakyat Asia yang selalu memberi masalah kepada Arsenal berjaya menewaskan kita. Dengan kekalahan ke-5 kita ini, Manchester kembali menerajui tahta Liga, 2 mata mengatasi kita ditangga kedua. Minggu hadapan harap Manchester v Chelsea berkesudahan seri. Kita boleh berada ditahta kembali sekiranya mengatasi Stoke.

Perlawanan semalam merupakan peluang terbaik Szczesny membuktikan keupayaan beliau. Dan bagi aku beliau berjaya membuktikan kehebatan beliau. Menyelamatkan beberapa percubaan terutama dari Anderson an Rooney. Penalti yang diperolehi Manchester pada minit ke-74 juga gagal disudahi Rooney apabila menyepak ke bulan. So aksi Szczesny boleh la diberi pujian. Tapi jangan melambung sangat, nanti cepat lupa diri.

So kepada Gooners sekalian, pedulikan kutukan orang Tua Manchester yang untuk seminggu nie akan raya sakan meraih kemenangan semalam. So Keep it Gunners!!!

8 comments:

  1. gua tngk game pagi tadi..tak berapa puas hati dgn keeper ni pada awal permainan..bnyk sngt mistakenya..goal kick dia pun tak berapa bagus..
    knp faabianski tak main?
    takkan nk wat eksperimen msa lwn man u pulak..adoiyai..
    agak kecewa jgk dgn kekalahan mlm tadi..bukan takder peluang nk score..tp penyudah yang kurang berkesan dari chamakh..
    next game jumpa chelsea bolehla memang..go gunners..

    ReplyDelete
  2. Fabianski injurd sket..tu yang pakai Szczesny...mamat nie ok gak,cuma nevours sket la sbb 1st ever debut tuk premier league..pa pun gol Manchester tu nasib ja,bola deflect kaki clichy,ditmabh plak park punya magic..mungkin nie rezeki diorg..

    tapi aku tak puas hati tengok performan fabregas smlm,dia tak fitt tol tul..Wenger patut kekalkan wilhere ja..Arshavin mmg hancus..ke laut je

    ReplyDelete
  3. tak de rezeki nk mng..klau 2 percubaan dr chamakh dn van persie msti arsenal bleh mng...apew2 pown arsenal dah bt yang terbaik..bersyukur sbb rooney sepak penalti tak masuk..hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Bro, please la bro jgn main sentimen agama dlm your writing. You tak suka org u ckp dia hindu. U ingt peminat Arsenal xde hindu ka? Please la hormat sket dgn fan2 yg bukan melayu bro.

    Arsenal Indian fan

    ReplyDelete
  5. Ayoo Anon jgn kecik hati...itu perumpamaan je..tapi bagus juga anon beritahu...nanti admin bleh kasi betol ek...kita sama2 gunners sama2 kawan..

    ReplyDelete
  6. Dey anon! xyah la nak bising2 nanti kecoh pulak blog ni. Skang tgh aman jgn wat bising ok ane? itu just gurauan aje, jgn sempit sgt ye. vanakem! Ammma~ :D

    ReplyDelete
  7. alahai, tol gak si anon ni ckp. takkan brgurau cmtu skali kn...tengah2 aman ni ada plak blog bolasepak wat hal gini nk kecohkn isu perkauman plax...

    ReplyDelete
  8. Anon..wa minta maaf la anon klu terasa hati,wa pun tak perasan wa punya ayat bleh wat lu trasa..ok anon, nxt time tak da dah ini mcm ya..peace!!!

    p/s: tq tegur..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan