10 December 2010

Evra & Co Mulakan Perang Mulut!

Arsenal bakal berkunjung ke Old Trafford awal pagi Isnin depan bagi menentang musuh lama iaitu Manchester United. Perlawanan dengan Red Devil semestinya di nanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak seluruh dunia. Arsenal yang berada di tangga teratas sekarang perlu menang bagi menjarakkan lagi mata dengan pencabar kejuaraan yang lain.

Tapi belum sempat perlawanan berlangsung, kata-kata kurang enak telah di keluarkan oleh pemain Red Devil. Sapa lagi kalau bukan si Evra ketot tuh, beliau mengatakan yang Arsenal kini hanyalah sekadar akademik yang menghasilkan ramai pemain berbakat berbanding sebagai pencabar kejuaraan. Kenyataan Evra sudah semestinya merupakan perang mulut sebelum sepak mula Isnin nie.

Dalam pada itu Arsenal kini bersedia untuk menghadapi sebarang perlawanan dengan masih mengekalkan rekod 5 perlawan berturut-turut tanpa kalah ditempat lawan. Adakah Gunners akan mengekal rekod tersebut dengan mengalahkan Red Devil buat pertama kali musim ini??atau adakan Red Devil mampu menjuarai Liga tanpa kalah untuk musim ini?? Aku rasa Red Devil dah semakin cuak dengan prestasi Gunners, dan cuak dengan rekod mereka yang masih belum kalah lagi. Berkemungkinan Arsenal bakal menjadi pasukan pertama musim ini mengalahkan Red Devil.

Musim lepas kita gagal membuktikan kehebatan kita apabila tewas kepada Red Devil di Old Trafford. Musim ini kita bakal mencipta perubahan, tetapi perlu memberi 100% fokus kepada perlawanan ini nanti. Red Devil sekarang juga dalam prestasi yang agak baik, tetapi tidak mustahil kita mampu mengalahkan mereka. So harap Wenger mempunyai strategik terbaik bagi mengharungi cabaran Red Devil.

Arsenal yang tanpa kelibat kapten sejak aksi menetang Braga pada bulan lepas, kini menaruh harapan kepada prestasi Samir Nasri. Nasri kini merupakan pemain penting Gunners yang kini berada pada prestasi terbaik beliau. 12 gol untuk musim ini dalam semua perlawanan memberi gambaran yang beliau perlu diberi perhatian oleh Red Devil.

Dua musim lepas Nasri menjadi pemusnah Red Devil apabila menjaringkan 2 gol cantik bagi membernam cabaran Red Devil tetapi musim tersebut Gunners masih gagal mendapat sebarang piala selepas gagal mengharungi perlawanan lain dengan baik. Kini Gunners dilihat semakin dahagakan kejayaan dan musim ini merupakan musim sesuai untuk buktikan kepada seluruh penyokong yang sekian lama menanti kejayaan selepas kali terakhir kita menang piala pada 2005 dengan memenangi FA Cup.

Prestasi Red Devil yang turun naik musim ini berpunca dari kecederaan pemain pertahanan mereka dan prestasi buruk yang melanda Wayne Rooney. Tetapi kini mereka mendapat berita baik dengan Ferdinan dan Paul Scholes kini pulih sepenuhnya untuk beraksi menentang Arsenal. Pertahanan mereka dilihat semakin kukuh dengan kemasukan Smalling, pemain pertahanan muda dari Fulham yang di beli pada Ogos lalu.

Smalling juga merupakan pemain yang ingin di beli oleh Wenger tetapi beliau membuat keputusan saat akhir dengan menyertai Red Devil. Kini beliau merasakan yang Red Devil tak perlu takut menghadapi Arsenal, dan berharap akan mengekalkan rekod bersih mereka musim ini. Aku yakin Red Devil akan merana Isnin nanti jika mereka kalah. So aku berharap sangat yang Arsenal akan meneruskan rekod cemerlang ditempat lawan untuk mengalahkan Red Devil.

Kini Arsenal perlu bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menahan gangguan awal dari anasir-anasir Red Devil yang akan terus menerus psiko pemain kita sehinggalah hari perlawanan. Dengan kecederaan Fabregas yang dijangka sempat pulih semasa perlawanan menentang Red Devil, beliau kini perlu bergantung kepada kecergasan semasa hari perlawanan sebelum Wenger membuat keputusan untuk membawa beliau bersama dengan skuad ke Old Trafford. Fabregas berharap beliau akan bermain, tetapi beliau juga perlu ingat yang beliau perlu berehat secukupnya. Biar la Nasri dan rakan pasukan lain berjuang, Arsenal masih mempunyai pasukan mantap sekalipun tanpa Fabregas.

So sebelum aku akhiri entry kali ini, aku harap yang Arsenal kali ini berjaya memberi persembahan terbaik ketika menentang pasukan tua dari Manchester ini. Harap pengalaman lepas mengajar kita untuk menentang mereka. So kali ini kita perlu menang, teruskan rentak cemerlang ditempat lawan dan terus mendahului liga sehingga penghujung musim. Isnin nanti aku akan buat preview perlawanan epik nie sebelum sepak mula perlawanan ini. So lets pray Nasri akan menggegar Red Devil sekali lagi. Adios!!!

Go Gunners Go!!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan