12 December 2010

CitCat Gunners: Nasri Kongsi Rahsia!

Hari ini Samir Nasri berkongsi rahsia kejayaan Arsenal menghuni tangga teratas dan rahsia persembahan cemerlang beliau untuk musim ini. Tapi sebelum aku merungkai lebih mengenai rahsia kejayaan tersebut aku just nak highlight mengenai lilitan pada leher Nasri, korang perasan kan?? Lilitan tersebut sebenarnya bukan la sekadar untuk mengurangkan kesejukan, tapi sebenarnya untuk tujuan perubatan bagi mengurangkan kesakitan pada bahagian leher pemain, ini mengikut penerangan pasukan perubatan kita..hehe..Ok2 ianya tak berkenaan kan..

Nasri yang menjaringkan gol ke-12 beliau baru-baru nie ketika menentang Partizan Belgrade merupakan penjaring terbanyak Arsenal pada ketika ini dalam semua kejohanan. Aksi beliau diatas padang telah mempengaruhi prestasi pasukan Arsenal untuk kempen musim ini sehingga rakan pasukan lain sangat mempercayai beliau. Ketika umur beliau meningkat kepada 23 tahun, ini merupakan musim paling gemilang beliau selain bebas dari kecederaan panjang.

Rahsianya, Nasri memberitahu kepada Arsenal.com bahawa cuti panjang ketika summer break memberi kelebihan kepada beliau. Beliau cukup rehat selama hampir 2 bulan dan kembali berlatih seawal mungkin bersama rakan pasukan yang tidak menyertai Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini.

Beliau yang kecewa dan terkejut selepas dipinggirkan dari skuad Perancis selepas Raymond Domenech tidak menyenaraikan beliau dalam skuad Perancis kini telah memberi hasil yang lumayan dengan prestasi yang cukup baik kepada Arsenal. Ini merupakn musim yang memberi beliau cukup masa untuk membuat persediaan rapi sepanjang karier beliau. Tak heran la kenapa sekarang beliau begitu baik beraksi dan menjadi penjaring terbanyak Arsenal.

Beliau juga memberitahu posisi sekarang banyak membantu prestasi beliau dimana beliau bermain di sayap kanan dan boleh bermain di sayap kiri. Posisi asal beliau adalah pemain tengah atau lebih kepada playmaker tapi macam biasa la, Wenger suka ubah posisi pemain dengan kebijaksaan beliau telah menghasilkan sayap kanan yang begitu baik. Maybe the next Robert Pires!

Nasri juga terkejut dengan posisi Arsenal ketika ini, selepas Arsenal berjaya berada dipuncak liga buat pertama kalinya pada musim ini. Sudah semestinya kedudukan ini tidak dijangka sama sekali selepas Arsenal telah kalah 4 perlawanan sebelum ini. Tetapi harus di ingat yang Manchsester masih kurang satu perlawanan, dan perlawanan esok menentang kita bakal menjadi penentuan siapa yang layak menjadi pendahulu liga ketika ini.

Arsenal mungkin bernasib baik selepas pencabar lain terutama Chelsea telah mengalami kemerosotan prestasi sejak akhir-akhir ini tetapi Wenger memberi amaran yang Chelsea akan menjadi lebih baik selepas ini selepas kembalinya pemain bintang mereka dalam skuad. So sekarang ni Arsenal tak boleh lagi menoleh belakang dan kini perlu menumpukan kepada perlawanan Classic menentang Manchester United pagi Selasa nanti. Manchester selepas ini akan menentang Chelsea, so kalau kita menang game pagi Selasa ni kita akan terus berkuasa untuk sekurang-kurangnya lagi 3 minggu sehingga tahun baru.

So aku rasa cukup dulu, harap prestasi Nasri terus cemerlang dan gemilang. Harap Vermaelen kembali secepat mungkin, dan tiada lagi kecederaan baru melanda kem kita. So lepas ini preview versus Red Devil akan menyusul. So, Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan